Saturday, December 19, 2009

Saat Wafatnya Rasulullah......

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'

'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Friday, December 18, 2009

Kisah Neraka....

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."(Hadis riwayat Bukhari)

HAJAR ASWAD

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi.Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi,dia berkata:
"Planet Bumi ternyata
tergantung di kawasan yang sangat gelap,siapa yang menggantungnya?."

Para astronout telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi,secara resmi mereka mengumumkannya di Internet,tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada punca tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut
berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'abah.Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berujung),hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus.Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'abah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan,ada suatu kawasan yang bernama 'Zero Magnetism Area',ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut,maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah,maka ia akan hidup lebih
lama,lebih sihat,dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi.Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'abah,maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Penelitian lain nya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.Di sebuah muzium di negara Barat,ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'abah) dan pihak muzium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu

diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.."


Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877)

**kiriman e-mail dari seorang teman


Burpp.....ada bau la.....

Salam Awal Muharram....dah tuko kalender kita no tapi agenda kalender tahun lalu rasanya tak lengkap2 jugak. Bayan Lepas menyambut tahun baru dengan hujan start dari petang semalam membawak kepada di saat aku dok menekan keyboard ni lah...rasa feeling semacam saja time2 cenggini.Klu dulu time2 solo,bleh gak tarik selimut,la ni bila dah dapat pangkat sarjan nih(askar dah tiga wehhh!)mana la ada kesempatan nak meqeloh(lena) siang2 nih...gitulah.... Wokey! Hari ni aku nak syer satu resepi hat mmg sempoi habaq kat hampa tapi ni untuk mereka2 yg makan tempoyak la,yang tak makan tempoyak tu...tak dopek den nak nolong.....

Nak resepi? KLIK sini!

Resepi ni asal dari sukamakanje yg aku selongkaq kat myR la. Aku gandingkan plak ngan ikan gelama masam goreng! Lepas tu pekena ngan Nescafe Tarik sempoi punya.Perghhh... mmg aku
rekomen la resepi ni... Ohh ya...lupa pulak nak ucapkan terima kasih aku untuk sahabat qorib aku Cik Julia krn supply kat aku tempoyak tuh!TQ very much!!Layannn......

Wednesday, December 16, 2009

Popia Silam......

Salam pembuka bicara....malam ni tiada perkara baru untuk dikongsi. Sekejap ronda2,sekejap patah balik rumah sendiri. Masuk peti simpanan harta pusaka,terjumpak plak ngan khazanah dari Malaya nih.Ingat nak syer la ngan member2 semua. Alah bukan dasat sangat pun cuma ini adalah hasil tangan aku masa aku memula berlaypark2 kat myR tulah....
Ni tak leh ngorat tau sbb mmg dah takdak pun....

Ini klu dlm bahasa indahnya disebut kudapan, nama dia Popia Kraker. Dah tuan dia kasi nama tu, aku takleh memandai2 tukaq pulak. Resepi hasil gubahan Syahmi. Sedap n simple cuma aku malas nak ikut original verse bab nak menggulung tuh so aku pakai lipat n gunting aje.Lagi satu aku adjust sukatan gula ikut tekak aku la....Redah ajerr....

Saturday, December 12, 2009

Saturday Lunch Fever....

Tengahari ni aku masak lunch yg senang2 aje.Menu Sardin n Sayur Goreng Kubis ngan udang kering. Ni kes nak habiskan ration lama(malas malu nak habaq..hii..hii..hii...), esok nak isi inventori baru plak. Ada sosej so aku bikin la Telur Dadar Sosej. Alah senang sesangat. Sosej tu goreng n hiris nipis2 lepas tu campur la ngan telur ayam 3 biji,hiris cili merah skit, boh fresh milk barang sesudu dua(sblm ni ada gak kekadang aku try boh air,kali ni xperimen skit ngan susu plak). Goreng macam goreng telur dadar biasa tula..siap.....
Gambar tak clear la pulak..redah ajer la...

Sbg xtra menu aku hari ni,aku goreng plak tempe ikut stail Sambal Ikan Bilis & Kentang Lina_Pg tapi aku cuma guna tempe aje. Last2 tak jadi makan ngan nasi,aku ratah cenggitu saja...sedappp...
sempoi nihh...

Tulah antara menu aku yang aku masak sambil aku minum Ice Blended Soda Milk resepi Kak Fida, nyaman rasa panas2 nih!Layannn......





Tragedi Puding Derhaka

Salam Sabtu,lama gak tak kongsi2 citer kat sini. Takdak pabenda yg nak syer so kita pun keep silent aje la. Hari ni baru ada n3 nak post nih!Pagi tadi lepas b'fast simple mee goreng, aku dgn semangat berkobar2 prepare utk buat Puding Wangi hasil skodeng dapur DayangJack. Nampak very the yummy sungguh di mataku ini tapi aku derhaka sikit sbb aku gantikan Horlick ngan Milo n aku tak letak pewarna. Tulah orang kata,jgn melawan cikgu mmg betul pun nasihat tuh,ntah aku silap kat mana tak menjadi! Hasil postmortem aku,aku rasa aku silap sukatan kut lagi satu aku baca tak habis,telur aku belasah pukul sampai berbuih. Hasilnya.....puding yg simple tu masak, tapi macam bubur.Oleh krn puding dah jadi bubur,aku modified la bagi jadi puding balik! Hasilnya....jeng3X....
Aku kena namakan puding hari ni Puding Tidak Bernama....ahakkss...

Aku masak serbuk agar2 10g ngan 500ml air campur 4 sb gula pasir,tambah susu cair 3/4 cawan lepas tu aku campur la pudding bubur aku tu,dah sejuk skit aku taruk dlm esbok. Wallaaa.....selamat n sedap gak. Hii...hii...nak mintak ampun kat DayangJack sbb dah tunggang terbalikkan resepi cikgu anak murid kerjakan.....

Sunday, December 6, 2009

MyResepi Dot Com

MyResipi.com...... sekali lagi nama Lina_Pg aku nak sebut sbb dia lah yg introkan aku laman web tuh. Dari situ aku dah mula dapat hobi baru, hobi nak masak. Aku ni jenih yg mmg tak reti n tak minat nak masak tapi lepas aku terjah laman web yg satu ni, tiba2 aje dah jadi lain. Sudah tukar ka? Ya..mmg hobi aku sudah sikit tukar juga ada... Ni aku nak kongsi antara koleksi2 aku kat MyR tuh. Layannn.....
Baby Bread Pudding by Kak Fida

Bayam Tumis by Kak Fida

Kek Mentega Tanpa Telur by Kak Fida
hii..hii..mmg lembap tapi bukan kek yg lembap tapi aku ni ha yg lembap,kek cenggini pun boleh failed! Bukan jadi pun kek aku nih,tak caya baca laporan kat link Kak Fida tuh,frust betoi la....

Puding Roti Marble by Cik Hana

Puding Roti Marble versi Stoberi by Hana

Sambal Ikan Bilis & Kentang by Lina_Pg

Sambal Belacan by Hana

Ayam Phat Phet by Widad

Okeylah.....tu lah antara sejarah aku ngan MyResepi,mmg sempoi tempat tuh! Tq lagi sekali untuk teman2 suma yang aku anggap chef kat dalam MyR tuh....

Dalam Ingatan.....

Meh aku nak ajak kita reverse balik macam mana bermulanya boleh terhasil blog aku yg ntah hapa2 nih. Dulu.....lebih sedekad yg lalu, waktu tu aku mula berjinak2 ngan dunia tenet nih,aku ada gak try nak build blog sendiri.Waktu tu aku guna geocities klu tak silap aku tapi aku stop sekerat jalan. Pasai apa? Ntah..aku pun tak ingat. Lepas tu dalam dua tiga tahun lepas,semangat aku untuk berblog mai balik,kali ni aku pakai multiply plak,pun macam tu jugak!Last sekali dalam bulan Oktober baru ni, aku berkenalan ngan Blogspot nih.Kali ni nekad,sbb tu main redah aje buat blog aku sendiri ni.Alkisahnya.... TQ untuk Cik Lina_Pg krn mengintrokan aku laman Blogspot nih!

Lunch lagii....

Hari Minggu....argghh...esok nak kena pi keje balik. Amatlah menensionkan klu dipikir2kan so tak yah pikir banyak,layan aja menu aku untuk lunch hari ni...paling simple n yummylicious klu sekali sekala makan. Tengahari ni cuaca pun nak kata panas sangat pun tidak, mendung sangat pun tidak, so..so la klu cakap omputih broken. Maka terhasillah hari ni menu aku Taucu Blues . Kehh..kehh...dah masa aku masak cuaca sikit punya blues ka, so aku kasi aja la nama cam gitu..jangan mare. Kena pulak aku main hentam aje campak2 ramuan masak taucu tuh,sib baik rasa dia tak jadi lain macam.
Ni la dia Taucu Blues tuh,aku guna ikan curut aje(klu kat tmpt lain org sebut ikan sardin kut) .

Menu sampingan pulak aku pi skodeng dapoq Kak Ummi sbbnya dah ada stok ikan cencaru pulak. Bosan pulak asyik dok goreng ikan sambal belah belakang aje klu ada ikan tu,so hari ni aku cadang nak belah depan pulak.Skodeng punya skodeng dapat resepi Ikan Terutup. Kak Ummi pulak masak ikan tu hasil dari skodeng kat umah Za Jurnal Rasa Bahan dah ada so redah ajer la...

sorry aa gambar tak segak tapi rasa dia mmg bleh rekemen kat member tu...

Tak ketinggalan...apa lagi habuan nak lepas mengkelan...Kopi 'O' pekat sempoi habaq kat hang... Layannn....


Saturday, December 5, 2009

Choc Bread Pudding

Salam Sabtu...pagi ni lepas ngadap breakfast yg paling simple, Roti Telur n kopi 'O' piau punya, terus 'ON' projek yang mmg dah berangan dari semalam nak buat.... Choc Bread Puding. Ni penangan dok pi ronda dapur Cik Lina_Pg kita lah ni. Love at the first sight omputih kata. So apa lagi, barang dah ada..redah ajer la....Resepi smuggle dari dapoq Chef DJ otai/sifu..ngencem gitu. Tq forever ever utk Cik DJ n Cik Lina_Pg kita....Layannn...

Saja kasi posing tidoq!

Friday, December 4, 2009

Tepuk Dada Tanya Iman...

Sakaratul Maut Orang-orang Zalim

Imam Ghazali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zalim.Allah SWT pun memperlihatkan rupa Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam,rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam,sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tak sadarkan diri.Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahwa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.Kisah ini menggambarkan bahwa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika sang Malaikat mulai menyentuh tubuh kita,menarik paksa roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar serabut-serabut baja yang tertanam sgt dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi bisa tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut,sedang para malaikat memukul dengan tangannya,(sambil berkata):"Keluarkanlah nyawamu".Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (krn) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.(QS Al-An'am 6:93) Yakni orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat lalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri
(sambil berkata);"Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun".(Malaikat menjawab):"Ada , sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan".Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang2 yg menyombongkan diri itu. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)
Diakhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zhalim,si malaikat akan berkata, "Semoga Allah tidak memberimu balasan yg baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik!"Ketika itulah orang yang sekarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka,maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat.Rasulullah SAW pernah bersabda,"Tak seorangpun di antara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di syurga atau di neraka".Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka,"Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak,bersiaplah engkau merasakan seksa neraka". Naudzu bila min dzalik!

Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa

Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan".Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, yakni syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya,mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki.. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa.Yakni orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Assalamualaikum,masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)
Dan saat terakhir sakaratul mautnya,malaikatpun akan menunjukkan syurga yg akan menjadi rumahnya kelak di akhirat,dan berkata padanya,"Bergembiralah,wahai sahabat Allah,itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu".

*sumbangan e-mail yg terasa ingin dikongsi bersama....

Sakaratul Mauutt.....

"Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri".


Datangnya Kematian Menurut Al Qur'an :

1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan resiko-resiko kematian.Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu,niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh".Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu.Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di balik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh,dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah",dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,kemudian kamu akan
dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS Al-Jumu'ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya,tidak dapat ditunda atau dipercepat dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : "Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang"
(HR Tirmidzi) Sabda Rasulullah SAW : "Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menyucuk di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang terobek ?" (HR Bukhari) Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .
Ka'b al-Ahbar berpendapat : "Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang.Lalu,seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa". Imam Ghazali berpendapat:"Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki".Imam Ghozali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israil yang sedang melewati sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka bisa mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. "Wahai manusia !", kata pria tersebut. "Apa yang kalian kehendaki dariku? Limapuluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perih bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku." Proses sakaratul maut bisa memakan waktu yang berbeda untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang.Mustafa Kemal Attaturk, bapak modernisasi (sekularisasi) Turki,yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular,dikabarkan mengalami proses sakaratul maut selama 6
bulan (walau tampak dunianya hanya beberapa detik),seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi. Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah. Wallahu a'lam bis shawab.

*sumbangan e-mail yg terasa ingin dikongsi bersama....

Thursday, December 3, 2009

Mari kenal loghat Kelate.....

Hii...hii...kali ni n3,aku copy sebijik dari email yg diforward seorang teman so aku rasa gatal tangan aje nak share ngan member2 kat sini. Hari tu kita tuisyen bahasa Penang/Utara,haa...kali ni maih kita tuisyen bahase kelate pulok...Klu ada yg tak betul,bukan silap kawe no,silap oghe yang mulo2 forward e-mail tu le..kihh...kihh...menarik ni...Layan....!

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm
urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun


Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat
Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau
sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat
tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
NYOR KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair"
(ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut
juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK ...)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan... cuba direct
translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,
ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan
bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan
`e'. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA
(useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen') dengan KKECEK
(bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda
(makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur
di luar)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan..(kalu nk himpun bnyk lg)


Uniknya Zam-zam


Cantik pulak bila nengokkan gambar molekul kat atas tu.Tu baru kecantikan yang kita nampak di dunia yang fana ni. Bayangkan kecantikan di syurga. Subhanallah, Alhamdulillah,Laillahaillah, Allahuakbar.....Wallahualam.
Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari Allah.Seorang Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru ini yang mana kebanyakan yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari UM). Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan dilayar putih kepada hadirin sekelian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi). Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi" Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarlah satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini". Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam." Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit). Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor membaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah. Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya. Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya". Walluhu'alam....

Sunday, November 29, 2009

Pulut Kuning Gulai Daging

Haa.....masih lagi bertemakan daging korban di hari-hari Tasyriq nih. Petang tadi salah seorang dari ramai sahabat baik aku Cik Julia telah sudi untuk menyedekahkan daging korban untuk aku korbankan pulak di ruang dapur sempitku...kihh..kihh..kihhh. Syukran Cik Ju.... Moga-moga dimurahkan Allah rezeki buatmu sahabatku! Apalagi, projek la ngan daging yang mmg fresh gila tuh. Dah petang2 cenggini maleh nak pikir susah-susah so jadi la gulai daging tu. Pulut kuning tu aku masak sbb dah jemu la pulak asyik cekik nasik aje. selongkaq esbok, ada pulut yg aku pun dah lupa bila aku beli kuang...kuang..kuang... Nasib baik masih elok lagi. Aku redah dapur Chef DJ kita untuk cara nak masak pulut yg paling simple dan pantas. Hasil sekodeng aku, dapatlah resepi dari dapur Chef DJ yg diadaptasi dari hasil air tangan As75. Mmg simple n pantas sungguh! Tq untuk Cik DJ n As75!Memang berbaloi........

Saturday, November 28, 2009

Korban Kasih.....

Korban Kasih.....hi..hi..hi..suspen ja bunyi. Actually itu adalah nama yang aku nak kasi untuk menu lunch aku hari ni..ahakks..! Kenapa Korban Kasih?? Saja ja sebenarnya nak amik nama tu bersempena dengan suasana Aidiladha ni. Semalam bapak aku kasi daging korban so hari ni apa lagi....... projek daging la. Kalau di muhasabah balik, adakah kita la ni sanggup melakukan apa yg pernah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dulu? Mengorbankan dengan IKHLAS kasih sayang pada anaknya untuk kasih sayang yang lebih agong untuk Allah Subhanawata'ala.... rasanya tidak kut untuk jawapan yg pantas. Lumrah bagi manusia yang lemah spt kita jika tidak dapat menahan dugaan yg maha hebat namun Tuhan lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Apa yang pasti dan sudah tersurat, lunch aku hari ni settle!
Posing ikut arah jam...Sup Daging, Daging Masak Berempah n Nasi Daging. Kira resepinya resepi Redah Ajer tu. Main campak2 je.Kehh..kehh..kehhh
Ha...lepas selesai hadap set Korban Kasih tu, pelengkap dia apa lagi...Nescafe tarik kaw-kaw le..... mai secawan!Layannn.....

Wednesday, November 25, 2009

Kad Raya....

Ni nak tayang kad raya yang dirembat dari rumah Hasue.Tq Hasue krn sudi mempelawa kad raya ni utk di bawak balik.Jenuh gak la nak pujuk unta tu naik belakang lori.Akhirnya setelah diumpankan dengan sayur Pak Choy tuh,baru mau naik lori.Elok sampai rumah,dah habis semangkuk.Tu yg buleh dok rilek tuh.Hii...hii....hii... Jangan tension aaa..baca riwayat dongeng nih...layan ajer la...

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban

Jika kesilapan semalam belum

terampun "MAAFKANLAH"

Jika kesilapan hari ini

menyakitkan hati "LUPAKANLAH"

JIka kesilapan esok mendatang

Janganlah di bawa ke "AKHIRAT"

Inginku menyusun jari

Mohon Ampun dan Maaf

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Maaf zahir dan batin.

Maafkanlah diatas segala kesilapan,

terkasar bahasa dan kesalahan saya semuanya.

"TAKABBALALLAH MINNA WA MINKUM."

SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN DPD KAMI DAN KAMU...AMIN.

*kiriman dari seorang teman dilanjutkan untuk tatapan teman2.

Monday, November 23, 2009

Malam ni...

Haa....ini adalah hasil kerja keras tangan aku malam ni, Gulai Udang Pejam Kapla Tarak.Pasai apa dia pejam?Pasai apa kapla tarak?? Pasainya aku letak minyak sikit so minyaknya pecah tak banyak,bukan tak masak tapi tak berapa belenang orang Penang cakap.Lepas tu kapla udang tu semua terlerai dari badan. Lantakla belenang ka kapla hilang ka janji ada rasa gulai ada rasa udang.Settle lauk aku untuk esok...begitulah adanya. Housewife separuh masa macam aku ni cenggini la, malam baru dapur berasap.Sedap??Sapa berani kata tak sedap?Aku dah rasa dah, klu tak sedap pun,dah aku yg penat2 masak, konpom aku kata sedap.Kuang...kuang...kuang..jiwa kacau betul!

Dinner pulak dahh....

Siang tadi mogok sbb semalam team bola kalah ngan team ciput tuh!Malas nak masak.Dinner kena la masak jugak.Klu siang malam makan bungkus,buleh bungkus aku!So malam ni mmg tak sekodeng dapur sapa2 pun main redah saja masak apa yang ingat dlm kapla otak nih.At last jadi gak la hidangan utk malam ni yang akan ku pertayangkan jugak untuk tatapan seantero dunia.Masak biasa saja...Ayam Masak Merah n tak lupa sayur feberet sayur Pak Choy.Kali ini pak choy aku dah hantaq pi sekolah,so dia tak jadi sayur bodo lagi,siap ada udang dua ekoq ngendeng sekaki.Layan aje le....
Seperti biasa photo shoot mmg tak memuaskan tapi redah ajer la...
Haa....amacam?seksi ka seksa ka udang tu punya posing???

Sunday, November 22, 2009

Bobo Oh Bobo

Saja nak posingkan si Bobo nih! Rasa seronok pulak bila nengokkan gelagat dia sekoq ni. Kalau kurung dlm 'istana sangkut' dia tu,bukan main bising lagi mulut tak dok diam.Lepas saja keluar otomatik senyap sunyi lepas tu apa lagi posing maut la...ni la posing maut si Bobo sekoq ni......
Susah sungguh nak close up gambar Bobo ni,jenih tak dok diam.Lepas bagi makan baru la okey untuk posing.Layannn....
Bobo ni kucing jantan,klu ada umuq panjang lepas ni nampak gaya aku kena cari couple la untuk anak jantan sekoq nih..hishh...masalah gak tu,ingat lepas ni nak kena pi skodeng rumah Hasue lah kut..hii..hi..hii..Sebenaqnya aku taktau umur Bobo ni berapa.Boleh kasi idea tak?

Serba sedikit bahasa Penang / Utara

Aku mmg bangga menjadi anak Penang sampai mmg payah lidah aku nak tukaq slang cakap Penang ni. Tu yang tak leh pi mana2 tu, kena hidup mati kat Penang gak kut..hii..hii..hii. Tapi mmg aku akui bahasa Penang ni atau sesetengah bahasa utara ni agak kasar sebutan dia bagi sesetengah orang. Kut manapun bagi aku, bahasa Penang jugak la yg dapat menghiburkan hati aku. Kalau aku saja2 tukaq cakap bahasa standard ngan member2 aku ..... konpom kena tuju ngan kasut... kuang...kuang..kuang..layannn....

saya - chek

awak – hang

kamu(ramai) - hampa

mereka – depa

datang - mai

pergi – pi

tinggal - dok

kenapa - awat / pasai apa

di – tang

yang – hat

tak bermaya - laih

leka – qalit

jemu – cemuih

susah hati – qaplah

pukul –harya / penabuh

kereta – qeta

pemalas – penyegan / baloq liat

ketinggalan zaman – daoh / u’t

menyampuk – potong luan

terlalu asyik dgn sesuatu benda yg tak pernah tengok – peqak / jakun / keciwi

bilik air – pancoq

comot – belemoih

tempang – qengkat / cepoih

laju – deqaih

meloya – melugai

sekejap, sebentar – sat

tadi – taksat

gobok – lemari

bodoh – buta pequt

punggung – pungkoq

cekap – terer

kelam kabut – cempeqa

tak senonoh – loqlaq

kurang ajar – juah / jelat

pukul kepala ngan jari tangan – luku

pukul dengan objek – katok

awal pagi(matahari tak naik lagi) – subuh shepi’e

lewat malam – malam meqelop

surat khabar - paper

10 sen – sekupang

50 sen – 5 kupang

25 sen – suku

5 sen – 5 duit

1 sen – seduit

*kebanyakan perkataan yang akhirnya huruf 's' otomatik bunyi jadi 'ih', cth: bas - baih, gelas - gelaih, hampas - hampaih, lemas - lemaih dan etc....
*kebanyakan perkataan yang akhirnya huruf 'r' pulak otomatik bunyi jadi 'aq',cth: air - ayaq, ular - ulaq, cair - cayaq, khabar - habaq
* kebanyakan kalau last ngan huruf 'l' pulak otomatik kena tukar jadi 'i', cth: bantal - bantai, handal - handai, pedal - pedai, sendal - sendai, bedal - bedai. Nasib baik bahasa Inggeris yg dimelayukan depa tak tukaq klu tidak basikal jadi basikai , moral jadi morai la pulak...payah tuh....

Saturday, November 21, 2009

Ahli baru....

Semalam(Jumaat 20hb Nov), masa aku sampai rumah setelah merempit sejauh 10km dari tempat kerja aku....terkezut aku sbb depan rumah aku selalunya hero tunggal aku yg akan sambut aku dulu tapi hari ni ada ahli baru pulak dah.....hubby aku dah bawak balik tetamu yg bukan aku tak suka,aku mmg suka sesangat tapi memandangkan suasana persekitaran rumah aku, rasanya kurang sesuai untuk aku menerima tetamu yang satu ini. Kesian pulak bila mendengar citer yg hubby aku tak sampai hati nak buat tak tau sbb dia asyik ikut aje selepas diselamatkan dari menjadi mangsa persekitaran......aku pun oraitlah...kira halallah. Manja bukan main tu, terliuk lentuk lagi. Asyik nak ngendeng aje qojenya.


Arsenal!Arsenal!

Alahai breakfast....

Pagi ni sesudah subuh, kapla dok rolling hari ni nak b'fast apa. Roti canai dah selalu sangat dah. Nasi lemak...mcm tak rasa nak masak la pulak,nak beli...masak sendiri sempoi lagi. Last2 buat hat yang paling senang...ala2 western gitu. Menunya Toasted Bread with omelette n Black coffee aka kopi O cap Hang Tuah..kehh...kehh...kehh....menu ni kena ada bake beans baru sempoi tapi memandangkan dah takdak...redah ajerla apa yang ada.Seperti biasala, nak ngendengkan jugak gambo yg mmg tak cantik pun tapi...hentam saja la...

Thursday, November 19, 2009

Nostalgia Si Sardin

Cerita pasal lauk sardin ni, klu zmn masa kecik2 dulu,lauk sardin ni utk org semekin aje tapi dah jadi lain plak sekarang nih.Lauk sardin lagi mahai pada lauk biasa. Heran betul. Kena plak sardin Cap Ayam......mahal tuu tapi brand tu lah yg sedap pun.Time dulu2 sardin yg bapak aku dok beli yang tin leper(lepiaq) kertas balut warna hijau,brand apa ntah,sedap gak or mungkin brand tu saja yg aku kenal lebih 30 tahun yg lampau. Sekarang ni dah tak jumpak la brand tu atau krisis peningkatan umur menghalang pemandangan mataku ini....aduhhh...terpana seketika...
Okey...berbalik citer sardin.Ntah apa kena anak tekak aku mlm nih rasa teringin sesangat nak makan lauk sardin. Mlm ni aku makan lewat sbb awal tadi dok kenyang lagi hasil lantakan sepinggan besar nasi gorreng cina yg digoreng oleh Along(Melayu tau) kat kantin tmpt kerja, nahhaihh..... sepinggan saiz jumbo XXXL! Sampai Isya' tak yah makan.
Mmg sardin termasuk dlm senarai ration yg aku inventorikan dlm gobok kat dapuq. Apa lagi start sekodeng la. Resepi sardin masak kicap Hana dah pernah try,simple & tidak mengecewakan tekakku ini. So mlm ni sekodeng dapur DJ plak ada resepi sardin.Ushar punya ushar,banyak barang yg tak lengkap,kena postpone dulu,takpa sardin ada dua tin lagi. Redah plak dapur Kak Ummi,jumpa resepi Sambal Sardin Sempoi. Elok la tu, brg semua ada apa lagi projek ON pukul lebih kurang 9:30PM, pukul 10:20PM dah selamat aku menjamu selera. Kena la dengan nama sempoi tu cuma aku rasa mcm tak berapa sampai hati ngan 15 tangkai cili kering tu so kurangkan sikit utk kesejahteraan perutku di malam2 begini. Ni la gambonya yg tidak boleh tidak kena jugak diinterpremkan...layannn...

*Kita guna sardin Cap PERTIMA keluaran Muslim Terengganu lagi...

Tuesday, November 17, 2009

ALAM MAHSYAR.........

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat:

a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.