Saturday, November 7, 2009

Jom main....

Jom main....ayat wajib masa bebudak dulu...Aku ni dah nama pun budak kampung. Game pun semua game kampung la.

Batu tujuh/lima
Bahasa standard kata Batu seremban. Uihh...champion tuh! Sekali bukak game paling kurang score 100..sbb sampai banyak tu pun paling cekap n cepat nak kira. Kalu lebih bukan tak pandai kira tapi dah jadi lambat takut konpius. Batu pulak carila batu sungai ka, batu jalan ka, lepas tu tanam dalam tanah barang seminggu konon2 nak kasi bulat. Tapi tak bulat pun seingat2 aku. Tapi dah di psyco kan kata batu tu bulat, kira bulat la..cehh..sewel betul.

Main Tooi
Ini bahasa standard kata Galah Panjang. Ni pun sempoi gak layan. Angkat dua geng lepas tu lukis 6 petak atas tanah. Satu geng kena jaga garisan petak, satu geng lagi kena melepasi petak. Kalau buleh lepas n patah balik walaupun sorang kira menang la. Memang meriah main game ni. Anak aku pun ada gak main game ni kat tadika tapi dah diubah suai sikit.

Congkak
Ni aku rasa semua orang tau kut. Aku dulu main korek lubang kat tanah aje. Korek 14 lubang atau rumah(7 lubang bertentang campur Ibu Rumah iaitu lubang besar di setiap hujung). Lepas tu cari biji getah atau buah guli buat buah. Tidak pun bapak aku buat rumah tu dari tempurung yang bapak aku paku kat atas kayu...tu dah kira canggih la beb set congkak aku tu...

Guli
Ni satu lagi game famous masa kecik2 dulu. Ikut la nak main bulatan atau garisan. Nak main secara syer modal atau individu. Aku tak berapa champ sangat tapi mmg main la game ni ngan bebudak jantan kampung aku.


Poto-poto

Alah....poto2 ni kad kecik2 yg ada gambar tu la, sebelah ada gambar, sebelah lagi ada nombor daun terup tuh!Lahabau betoi la..Dulu mana la nak pikir tak leh main daun terup tuh siap simpan dalam rumah lagi. Tapi mmg ketagih main menatang ni. Susun dalam satu barisan poto2 tu(Kalau satu orang kena bagi modal banyak, lagi panjang la barisan tu), lepas tu tujula ngan guli. Kalau ada poto yg jatuh, barisan pot2 yg sebelum poto yg jatuh tu akan menjadi kawan tu lah yang punya....hishh..sempoi toi la...

Pondok-pondok
Cehh..dah nama pun pompuan, mestilah main game ni. Mmg qalit betoi main pondok-pondok nih, ada komuniti yang tersendiri. Ada mak, ada bapak, ada anak, ada tukang kedai..kira complete utk satu komuniti masyarakat yg sederhana. Pondok pulak buat mcm pondok betul2. Siap buat bumbung, pintu semua...Tu semua dulu, sekarang ni dah ada rumah betul, dah ada anak betul...ha..amik kau...main betul-betul!

No comments:

Post a Comment