
Satu nukilan untuk suka-suka, untuk meluah rasa, untuk berkongsi cerita, cerita dulu-dulu, cerita semasa...apa2hal pun redah ajer la...
Sunday, November 29, 2009
Pulut Kuning Gulai Daging

Saturday, November 28, 2009
Korban Kasih.....


Wednesday, November 25, 2009
Kad Raya....

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban
Jika kesilapan semalam belum
terampun "MAAFKANLAH"
Jika kesilapan hari ini
menyakitkan hati "LUPAKANLAH"
JIka kesilapan esok mendatang
Janganlah di bawa ke "AKHIRAT"
Inginku menyusun jari
Mohon Ampun dan Maaf
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Maaf zahir dan batin.
Maafkanlah diatas segala kesilapan,
terkasar bahasa dan kesalahan saya semuanya.
"TAKABBALALLAH MINNA WA MINKUM."
SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN DPD KAMI DAN KAMU...AMIN.
*kiriman dari seorang teman dilanjutkan untuk tatapan teman2.
Monday, November 23, 2009
Malam ni...

Dinner pulak dahh....


Sunday, November 22, 2009
Bobo Oh Bobo





Serba sedikit bahasa Penang / Utara
Aku mmg bangga menjadi anak Penang sampai mmg payah lidah aku nak tukaq slang cakap Penang ni. Tu yang tak leh pi mana2 tu, kena hidup mati kat Penang gak kut..hii..hii..hii. Tapi mmg aku akui bahasa Penang ni atau sesetengah bahasa utara ni agak kasar sebutan dia bagi sesetengah orang. Kut manapun bagi aku, bahasa Penang jugak la yg dapat menghiburkan hati aku. Kalau aku saja2 tukaq cakap bahasa standard ngan member2 aku ..... konpom kena tuju ngan kasut... kuang...kuang..kuang..layannn....
saya - chek
awak – hang
kamu(ramai) - hampa
mereka – depa
datang - mai
pergi – pi
tinggal - dok
kenapa - awat / pasai apa
di – tang
yang – hat
tak bermaya - laih
leka – qalit
jemu – cemuih
susah hati – qaplah
pukul –harya / penabuh
kereta – qeta
pemalas – penyegan / baloq liat
ketinggalan zaman – daoh / u’t
menyampuk – potong luan
terlalu asyik dgn sesuatu benda yg tak pernah tengok – peqak / jakun / keciwi
bilik air – pancoq
comot – belemoih
tempang – qengkat / cepoih
laju – deqaih
meloya – melugai
sekejap, sebentar – sat
tadi – taksat
gobok – lemari
bodoh – buta pequt
punggung – pungkoq
cekap – terer
kelam kabut – cempeqa
tak senonoh – loqlaq
kurang ajar – juah / jelat
pukul kepala ngan jari tangan – luku
pukul dengan objek – katok
awal pagi(matahari tak naik lagi) – subuh shepi’e
lewat malam – malam meqelop
surat khabar - paper
10 sen – sekupang
50 sen – 5 kupang
25 sen – suku
5 sen – 5 duit
1 sen – seduit
*kebanyakan perkataan yang akhirnya huruf 's' otomatik bunyi jadi 'ih', cth: bas - baih, gelas - gelaih, hampas - hampaih, lemas - lemaih dan etc....*kebanyakan perkataan yang akhirnya huruf 'r' pulak otomatik bunyi jadi 'aq',cth: air - ayaq, ular - ulaq, cair - cayaq, khabar - habaq
* kebanyakan kalau last ngan huruf 'l' pulak otomatik kena tukar jadi 'i', cth: bantal - bantai, handal - handai, pedal - pedai, sendal - sendai, bedal - bedai. Nasib baik bahasa Inggeris yg dimelayukan depa tak tukaq klu tidak basikal jadi basikai , moral jadi morai la pulak...payah tuh....
Saturday, November 21, 2009
Ahli baru....


Alahai breakfast....

Thursday, November 19, 2009
Nostalgia Si Sardin
Okey...berbalik citer sardin.Ntah apa kena anak tekak aku mlm nih rasa teringin sesangat nak makan lauk sardin. Mlm ni aku makan lewat sbb awal tadi dok kenyang lagi hasil lantakan sepinggan besar nasi gorreng cina yg digoreng oleh Along(Melayu tau) kat kantin tmpt kerja, nahhaihh..... sepinggan saiz jumbo XXXL! Sampai Isya' tak yah makan.
Mmg sardin termasuk dlm senarai ration yg aku inventorikan dlm gobok kat dapuq. Apa lagi start sekodeng la. Resepi sardin masak kicap Hana dah pernah try,simple & tidak mengecewakan tekakku ini. So mlm ni sekodeng dapur DJ plak ada resepi sardin.Ushar punya ushar,banyak barang yg tak lengkap,kena postpone dulu,takpa sardin ada dua tin lagi. Redah plak dapur Kak Ummi,jumpa resepi Sambal Sardin Sempoi. Elok la tu, brg semua ada apa lagi projek ON pukul lebih kurang 9:30PM, pukul 10:20PM dah selamat aku menjamu selera. Kena la dengan nama sempoi tu cuma aku rasa mcm tak berapa sampai hati ngan 15 tangkai cili kering tu so kurangkan sikit utk kesejahteraan perutku di malam2 begini. Ni la gambonya yg tidak boleh tidak kena jugak diinterpremkan...layannn...

Tuesday, November 17, 2009
ALAM MAHSYAR.........
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa
malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat:
a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Pustaka Nasional Singapura 2004.
Sunday, November 15, 2009
Beruk yang beruk
/.cx
Lunch hari ni...




Saturday, November 14, 2009
Pengalaman Pertama.....
Ni la oven aku yg darling aku baru beli kat Giant masa tu....murah aja ni.Ni acara potong riben lah ni..

Ni plak sblm masuk rumah baru...mmg curiga sedari mula....

Jeng..jeng..selepas 50 minit..hahh..sudah!

Lagi punggah!!...selepas 70 minit...mmg nak maut betoi, adunan naik dah tak leh kontrol!

No choice..aku kena teruskan perjuangan hingga selesai..tadi dah naik melangit, bila dah masak dah bantat pulak,siap ngan hangit semua cukup.uhukk..uhuk..

Ni la hasil cubaan pertama aku buat kuih binka sendiri....mmg trajis sesungguh..nasib baik rasanya mmm...not bad...

Moral of the cerita:
1. Usaha itu tangga kejayaan, biar rugi dulu mudah2an untung kemudian.
2. Tak sapa suruh aku susah2 masak kuih ni, dah sah jenih tak reti masak kuih, beli aja la klu nak makan....
ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W.
yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,
"Saya akan beritahu kamu kemudian."
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap
seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang l ain . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama.
Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".
Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri
mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak ketinggalan amalan-amalan l ain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".
Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
taulad ani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.
"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah
orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya
Adab-adab makan....
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
2-Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)
3-Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)
4-Galakan guna tiga jari
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع... (رواه مسلم)
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)
5-Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)
6-Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)
7-Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)
8-Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
9-Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)
10-Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)
Mazmummah....
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya han gus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketu han an.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
*Petikan e-mail yg di forward seorang teman.
Mak Oooo mak....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
*Petikan e-mail yg di forward oleh seorang teman.
Saturday, November 7, 2009
Jom Main Lagi.....
Cikgu-cikgu
Standard la main cikgu-cikgu ni, sapa yang paling menonjol dengan suara kuat n cakap banyak, dia la yg jadi cikgu, tambah cenge sikit...dah sah..pakej lengkap! Tapi bila dah koi dok besar, minat aku ke arah perguruan dah tak wujud mungkin aku mmg tak ditakdirkan untuk minat bab2 mendidik anak bangsa nih..so la ni didik anak sendiri aje la...cenge? tak yah story le.....
Roundess(Bola tuju papan)
Game ni ala2 besbol gitu...kayu besbol tu ganti ngan sekeping papan ka, kayu lebar ka janji boleh pukul bola tu(kami guna bola seqalat aka bola tenis), sapa sponsor bola tu ntah aku tak ambik tau janji ada bola. Game faberet nih...
Bola Tuju Tin kekadang Bola Tuju Kasut
Susun tin tingi2(dalam 6-7 tin kosong le) lepas tu tuju la ngan bola sampai tin tu jatuh. Kalau satu tin jatuh pun dah okey, tin hat belen tu, geng lawan akan tendang..ha..berteqabuq engkau,jenuh nak kena kutip. Geng hat tuju bola tu kena lari sambil kena susun balik tin tu tapi jgn sampai kena baling balik ngan bola. Klu kena tuju kira mati la.
Rescue(Police sentri)
Penat tapi best. Tapi aku cukup tension bila main ngan budak jantan nih sbb depa buleh bukak baju...hishh...ngan berpeluh, berminyak semua cukup...cehhh...mana leh nak tangkap.
Ada lagi....
Tali lompat
Getah bulat susun n ikat panjang agak2 3 meter,lepas tu lompat la melepasi tali getah tu ikut ketinggian mula ngan atas tanah, lepas tu paras lutut, paras peha, paras pinggang, ketiak, bahu,telinga, kepala, sejengkal dari kepala. Lepas tu ulang balik. Kalau boring, main ala tali skipping gitu. Nyanyi la lagu dia lebih kurang macam ni :
Mina moni gelang gengsi
Si pajri popiau popiau
A,B,C,.....
Ada lagi satu lagu pilihan;
Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
A, B, C,.......
sampai la kaki kawan tu sangkut.Kalau tak sangkut sampai Z kira champ la. Ntah hapa2 ntah...
Jom main....
Batu tujuh/lima
Bahasa standard kata Batu seremban. Uihh...champion tuh! Sekali bukak game paling kurang score 100..sbb sampai banyak tu pun paling cekap n cepat nak kira. Kalu lebih bukan tak pandai kira tapi dah jadi lambat takut konpius. Batu pulak carila batu sungai ka, batu jalan ka, lepas tu tanam dalam tanah barang seminggu konon2 nak kasi bulat. Tapi tak bulat pun seingat2 aku. Tapi dah di psyco kan kata batu tu bulat, kira bulat la..cehh..sewel betul.
Main Tooi
Ini bahasa standard kata Galah Panjang. Ni pun sempoi gak layan. Angkat dua geng lepas tu lukis 6 petak atas tanah. Satu geng kena jaga garisan petak, satu geng lagi kena melepasi petak. Kalau buleh lepas n patah balik walaupun sorang kira menang la. Memang meriah main game ni. Anak aku pun ada gak main game ni kat tadika tapi dah diubah suai sikit.
Congkak
Ni aku rasa semua orang tau kut. Aku dulu main korek lubang kat tanah aje. Korek 14 lubang atau rumah(7 lubang bertentang campur Ibu Rumah iaitu lubang besar di setiap hujung). Lepas tu cari biji getah atau buah guli buat buah. Tidak pun bapak aku buat rumah tu dari tempurung yang bapak aku paku kat atas kayu...tu dah kira canggih la beb set congkak aku tu...
Guli
Ni satu lagi game famous masa kecik2 dulu. Ikut la nak main bulatan atau garisan. Nak main secara syer modal atau individu. Aku tak berapa champ sangat tapi mmg main la game ni ngan bebudak jantan kampung aku.
Poto-poto
Alah....poto2 ni kad kecik2 yg ada gambar tu la, sebelah ada gambar, sebelah lagi ada nombor daun terup tuh!Lahabau betoi la..Dulu mana la nak pikir tak leh main daun terup tuh siap simpan dalam rumah lagi. Tapi mmg ketagih main menatang ni. Susun dalam satu barisan poto2 tu(Kalau satu orang kena bagi modal banyak, lagi panjang la barisan tu), lepas tu tujula ngan guli. Kalau ada poto yg jatuh, barisan pot2 yg sebelum poto yg jatuh tu akan menjadi kawan tu lah yang punya....hishh..sempoi toi la...
Pondok-pondok
Cehh..dah nama pun pompuan, mestilah main game ni. Mmg qalit betoi main pondok-pondok nih, ada komuniti yang tersendiri. Ada mak, ada bapak, ada anak, ada tukang kedai..kira complete utk satu komuniti masyarakat yg sederhana. Pondok pulak buat mcm pondok betul2. Siap buat bumbung, pintu semua...Tu semua dulu, sekarang ni dah ada rumah betul, dah ada anak betul...ha..amik kau...main betul-betul!