Showing posts with label Santai sat..... Show all posts
Showing posts with label Santai sat..... Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Aku,Safi Rania Gold & Mesyuarat Cangkung Innershine

Perghhhhh....... dah bersawang segala blog aku nih! Virus malas mmg payah nak buang. Tapi dek kerana satu fenomena yg sedang melanda hidup aku di tahun 2012 ni, jari jemari ni tergerak pulak nak pot pet pot pet kat riwayat maya ni. Wellll... actually bukan dasat sangat pun citer ni tapi ini mungkin adalah satu anjakan dalam fasa hidup aku yg di hujung2 30-an nih! Krisis peralihan umur? Mungkin jugak kut tapi aku perasan aku ni menten jaa....no hal pasal umuq2 nih. Biarkan ia bertambah!Bukan apa,klu dulu,10, 15, 20 tahun dulu aku mmg tak pernah ambik kisah pasal nak jaga rupa paras ni. Pada aku, apa yg Allah bagi, itulah yg aku terima. Terlalu bersyukur gituuu. Kebetulan muka aku takdak masalah, so aku rasa dah cukup lah. Buat apa nak peqabih duit nak beli pencuci2 segala. Pulaih paip , tadah tangan, basuh muka dah settle. Tapi itu dulu...Semenjak aku start merempit dalam dua tahun nih, kena pulak helmet aku clear wisor sbb aku rimas klu pakai tinted wisor ni..jalan tak berapa nak clear!, muka aku dah mcm dah tunjuk perasaan sikit. Dah start nak tinted caler kelabu asap dah. Tu pun aku buat tak kesah lagi..sampai lah satu hari sorang member aku teguq,apasal muka aku gelap? Ntah suis mana ntah tetiba ON, aku tequih jadi tak syok. Mula terpikiaq pasal muka aku. Aku start dok riki pasal produk muka ni. Dok tengok pulak Rozita Che Wan baguih punya dok tayang kaler emas2 kat tv tu, hati mula terbekenan. Bermulalah satu agenda baru dalam hidup aku yg tak pernah aku buat seumuq hidup aku sampai dah beqanak tiga nih! Agendanya nak cari produk yg ngam dengan muka aku. Venue dia Guardian kat Giant Bayan Baru. Time dia of kos la time lunch masa qeja sbb baru ada geng nak survey. 3- 4 kali punya dok ulang sampai salesgirl tu pun mcm dah kenai dah. Tapi tak beli2 jugak,asyik pegang letak pegang letak. Qasa sayang nak keluaq duit pun ada sbb mmg tak pernah bajet pun untuk benda2 mcm ni. Last2 aku tawakkal jugak try sekotak set apa ntah ada Gel Pembersih,krim kecantikan & Serum. Then aku top up ngan Toner n Kontur mata tp bukan hat Gold tapi Safi Balqis ja...sbb murah! So bermulalah tambahan rutin harian aku yg tak pernah aku buat dah dua dekad dah. Mmg best gel pencuci n serum dia sbb ntah,tak tau nak cakap rasa pa tp best la kulit muka rasa. Misi aku bukan nak kasi lebih cantik sbb apa yg ada ni dah 'cantik' dahhhh cuma aku nak try back tu asal muka aku. Anak2 pun heran sbb la ni klu masuk mandi, mesti lama dari selalu lepas tu senyap jaa...dok menonyoh la tuu. Dalam sebulan aku pakai, pendapat peribadi aku kata...mmg okey produk nih. Member2 pun kata okey,ada improvement dah warna muka aku. Sekarang aku rembat set lengkap produk nih. Berpuas hati dan yg paling penting, senang dan murah kalau nak beli. Non-alkoholic lagi,tu yg pilihan nombor satu tu.

Saja nak tayang. Maklumla tak pernah ada banyak sampai cenggini, rasa excited sikit sambil tangan tu dok tekan gak calculate beqapa hinggit yg habih! Buat masa la ni sampai entri ni di tulih,Alhamdulillah tahap kerajinan nak menonyoh muka masih di tahap tip top. Cehh!Tak pasal2 dah jadi macam promoter SRG pulak. Redah jer la....
Bila dah start jaga muka, dia mula la akai ni mai kut lain pulak. La ni dah timbul satu agenda lagi pulak...nak bagi cantik hat dari dalam pulak dah. Dah start survey Innershine pulakkkk. Ni semua pasal dok tengok Maya Karin la ni. Ntah apa2 dah aku la ni. Maya Karin masuk duit ,aku nak keluaq duit. So sekarang ni projek riki masih sedang rancak berjalan, di venue yg sama cuma tambahan kawasan perikian ke supermarket2 lain masih dengan geng yang sama. Haqi2 aku nanti dok pi cangkung kat rak2 supermarket sambil angkat letak angkat letak kotak Innershine prune plus tu. Dulu dok pi cangkung pasal SRG, la ni dah Innershine pulak. Bukan pasai pa, pasai dok banding2 harga la sambil dok belek2 kotak tanpa qasa bosan,tanpa rasa jemu. Agak mahal gak, tu yg tak beli2 lagi tu. Waaa....lepas ni kecantikan dari dalam pulakkkk. Terbang lagi la bajet aku. Apa2 pun tahun 2012 ni mmg tahun nak segak kut. Janji aku puas hati. Oqang lain nak kata apa lantak la...ada aku kesah??? Redah ajer la makcikkkk......

Wednesday, November 17, 2010

Mari Berkenalan....

Hari ni masa gather2 kat rumah mak, teringat pulak aku nak mengabadikan antara spesis pokok2 ubat yg ada kat depan laman rumah mak aku.

Daun Melor Jawa

Pernah tengok ka daun nih? Daun nih khasiat dia untuk melegakan batuk. Ni lah ubat yg anak aku boleh layan pun. Klu bawak pi klinik pun bak kata oqang buat syarat jumpak doktor ja.Kang klu orang tanya dah bawak pi klinik, bulehla aku jawab dahhh...! Ubat simpan dalam fridgelah tempatnya. Daun ni untuk external use only. Cara dia, calit kapur makan(kapur yg dok makan ngan sireh tu la) kat daun tu lepas tu lipat kecik2,upaq dengan dua tapak tangan. Hampa tau ka upaq tu apa dia? Upaq tu kira macam gosok2 la sampai keluaq ayaq hijau daun tu(titis air untuk bagi sedikit berair,baru senang nak gosok). Air daun tu sapu lah kat bahagian dada ngan bahagian belakang badan anak. Tapi biasalah,klu dah guna cara tradisional ni, dia belemoih(comot) lah sikit.Anyway, what to do, klu dah cara mcm tu yg berkesan,kite redah ajer....


Ni gambar pokok Melor Jawa

Lagi satu daun yg aku pun tak pernah dengaq nama dia...Daun Lio. Kengkawan semua pernah dengaq ka? Ni aku tepek gambaq dia.

Daun Lio ni panjang2 dan tirus

Pokok Lio


Daun Pokok Lio ni ubat untuk baby yg kena kuning. Daun dia buat ayaq mandi lah tu. Aku pun baru tau ja sbb mak aku baru tanam pokok ni. Sebelum2 nih,anak aku ada gak kena kuning masa baby dulu,mak aku kasi mandi dengan ayaq buah keranda ja.Buah Keranda???Apa punya nama daaa.....

Ni lagi satu spesis yang agak common,jeng...jeng...jeng.....


Anda kenal dengan buah ini?????

Masih bergayut di ranting pokok

Buah Mengkudu ranum yg empat bijik kat atas tu aku kutip sbb aku baru dapat satu petua. Buah dia tu aku nak ramas2 lepas tu nak sapu kat tumit kaki aku ni....kes tumit merekah lah ni. Cuma buah ni kena tahan ngan bau dia yg hancing. Buah ni mmg ada macam2 khasiat,cuma kena tahan lah sikit kalau nak telan! Anda ada berani? Cobalah.....

Sunday, December 6, 2009

Dalam Ingatan.....

Meh aku nak ajak kita reverse balik macam mana bermulanya boleh terhasil blog aku yg ntah hapa2 nih. Dulu.....lebih sedekad yg lalu, waktu tu aku mula berjinak2 ngan dunia tenet nih,aku ada gak try nak build blog sendiri.Waktu tu aku guna geocities klu tak silap aku tapi aku stop sekerat jalan. Pasai apa? Ntah..aku pun tak ingat. Lepas tu dalam dua tiga tahun lepas,semangat aku untuk berblog mai balik,kali ni aku pakai multiply plak,pun macam tu jugak!Last sekali dalam bulan Oktober baru ni, aku berkenalan ngan Blogspot nih.Kali ni nekad,sbb tu main redah aje buat blog aku sendiri ni.Alkisahnya.... TQ untuk Cik Lina_Pg krn mengintrokan aku laman Blogspot nih!

Thursday, December 3, 2009

Mari kenal loghat Kelate.....

Hii...hii...kali ni n3,aku copy sebijik dari email yg diforward seorang teman so aku rasa gatal tangan aje nak share ngan member2 kat sini. Hari tu kita tuisyen bahasa Penang/Utara,haa...kali ni maih kita tuisyen bahase kelate pulok...Klu ada yg tak betul,bukan silap kawe no,silap oghe yang mulo2 forward e-mail tu le..kihh...kihh...menarik ni...Layan....!

Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak - plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm
urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun


Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMOKE = nanti kan

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat
Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau
sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat
tempat lain...Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
NYOR KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair"
(ingat slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut
juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK ...)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan... cuba direct
translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,
ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!sprt gak perkataan
bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA = sembuh

Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an','am','ang' diganti dengan
`e'. cth :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi. Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA
(useless).Atau keliru diantara KECEK('ngenen') dengan KKECEK
(bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda
(makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur
di luar)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan..(kalu nk himpun bnyk lg)


Sunday, November 22, 2009

Bobo Oh Bobo

Saja nak posingkan si Bobo nih! Rasa seronok pulak bila nengokkan gelagat dia sekoq ni. Kalau kurung dlm 'istana sangkut' dia tu,bukan main bising lagi mulut tak dok diam.Lepas saja keluar otomatik senyap sunyi lepas tu apa lagi posing maut la...ni la posing maut si Bobo sekoq ni......
Susah sungguh nak close up gambar Bobo ni,jenih tak dok diam.Lepas bagi makan baru la okey untuk posing.Layannn....
Bobo ni kucing jantan,klu ada umuq panjang lepas ni nampak gaya aku kena cari couple la untuk anak jantan sekoq nih..hishh...masalah gak tu,ingat lepas ni nak kena pi skodeng rumah Hasue lah kut..hii..hi..hii..Sebenaqnya aku taktau umur Bobo ni berapa.Boleh kasi idea tak?

Serba sedikit bahasa Penang / Utara

Aku mmg bangga menjadi anak Penang sampai mmg payah lidah aku nak tukaq slang cakap Penang ni. Tu yang tak leh pi mana2 tu, kena hidup mati kat Penang gak kut..hii..hii..hii. Tapi mmg aku akui bahasa Penang ni atau sesetengah bahasa utara ni agak kasar sebutan dia bagi sesetengah orang. Kut manapun bagi aku, bahasa Penang jugak la yg dapat menghiburkan hati aku. Kalau aku saja2 tukaq cakap bahasa standard ngan member2 aku ..... konpom kena tuju ngan kasut... kuang...kuang..kuang..layannn....

saya - chek

awak – hang

kamu(ramai) - hampa

mereka – depa

datang - mai

pergi – pi

tinggal - dok

kenapa - awat / pasai apa

di – tang

yang – hat

tak bermaya - laih

leka – qalit

jemu – cemuih

susah hati – qaplah

pukul –harya / penabuh

kereta – qeta

pemalas – penyegan / baloq liat

ketinggalan zaman – daoh / u’t

menyampuk – potong luan

terlalu asyik dgn sesuatu benda yg tak pernah tengok – peqak / jakun / keciwi

bilik air – pancoq

comot – belemoih

tempang – qengkat / cepoih

laju – deqaih

meloya – melugai

sekejap, sebentar – sat

tadi – taksat

gobok – lemari

bodoh – buta pequt

punggung – pungkoq

cekap – terer

kelam kabut – cempeqa

tak senonoh – loqlaq

kurang ajar – juah / jelat

pukul kepala ngan jari tangan – luku

pukul dengan objek – katok

awal pagi(matahari tak naik lagi) – subuh shepi’e

lewat malam – malam meqelop

surat khabar - paper

10 sen – sekupang

50 sen – 5 kupang

25 sen – suku

5 sen – 5 duit

1 sen – seduit

*kebanyakan perkataan yang akhirnya huruf 's' otomatik bunyi jadi 'ih', cth: bas - baih, gelas - gelaih, hampas - hampaih, lemas - lemaih dan etc....
*kebanyakan perkataan yang akhirnya huruf 'r' pulak otomatik bunyi jadi 'aq',cth: air - ayaq, ular - ulaq, cair - cayaq, khabar - habaq
* kebanyakan kalau last ngan huruf 'l' pulak otomatik kena tukar jadi 'i', cth: bantal - bantai, handal - handai, pedal - pedai, sendal - sendai, bedal - bedai. Nasib baik bahasa Inggeris yg dimelayukan depa tak tukaq klu tidak basikal jadi basikai , moral jadi morai la pulak...payah tuh....

Saturday, November 21, 2009

Ahli baru....

Semalam(Jumaat 20hb Nov), masa aku sampai rumah setelah merempit sejauh 10km dari tempat kerja aku....terkezut aku sbb depan rumah aku selalunya hero tunggal aku yg akan sambut aku dulu tapi hari ni ada ahli baru pulak dah.....hubby aku dah bawak balik tetamu yg bukan aku tak suka,aku mmg suka sesangat tapi memandangkan suasana persekitaran rumah aku, rasanya kurang sesuai untuk aku menerima tetamu yang satu ini. Kesian pulak bila mendengar citer yg hubby aku tak sampai hati nak buat tak tau sbb dia asyik ikut aje selepas diselamatkan dari menjadi mangsa persekitaran......aku pun oraitlah...kira halallah. Manja bukan main tu, terliuk lentuk lagi. Asyik nak ngendeng aje qojenya.


Arsenal!Arsenal!

Sunday, November 15, 2009

Beruk yang beruk

Video nih ada member yg forward...dah lama dah.First time nengokkan video nih mmg kelakar.Lepas tu bila di muhasabah balik, ada sesetengah manusia punya perangai pun lebih kurang cam gitu gak...HASAD DENGKI.
/.cx

Saturday, November 14, 2009

Saturday, November 7, 2009

Jom Main Lagi.....

Ada lagi yang aku main masa kecik-kecik dulu....

Cikgu-cikgu
Standard la main cikgu-cikgu ni, sapa yang paling menonjol dengan suara kuat n cakap banyak, dia la yg jadi cikgu, tambah cenge sikit...dah sah..pakej lengkap! Tapi bila dah koi dok besar, minat aku ke arah perguruan dah tak wujud mungkin aku mmg tak ditakdirkan untuk minat bab2 mendidik anak bangsa nih..so la ni didik anak sendiri aje la...cenge? tak yah story le.....

Roundess(Bola tuju papan)
Game ni ala2 besbol gitu...kayu besbol tu ganti ngan sekeping papan ka, kayu lebar ka janji boleh pukul bola tu(kami guna bola seqalat aka bola tenis), sapa sponsor bola tu ntah aku tak ambik tau janji ada bola. Game faberet nih...

Bola Tuju Tin kekadang Bola Tuju Kasut
Susun tin tingi2(dalam 6-7 tin kosong le) lepas tu tuju la ngan bola sampai tin tu jatuh. Kalau satu tin jatuh pun dah okey, tin hat belen tu, geng lawan akan tendang..ha..berteqabuq engkau,jenuh nak kena kutip. Geng hat tuju bola tu kena lari sambil kena susun balik tin tu tapi jgn sampai kena baling balik ngan bola. Klu kena tuju kira mati la.

Rescue(Police sentri)
Penat tapi best. Tapi aku cukup tension bila main ngan budak jantan nih sbb depa buleh bukak baju...hishh...ngan berpeluh, berminyak semua cukup...cehhh...mana leh nak tangkap.

Ada lagi....

Tali lompat
Getah bulat susun n ikat panjang agak2 3 meter,lepas tu lompat la melepasi tali getah tu ikut ketinggian mula ngan atas tanah, lepas tu paras lutut, paras peha, paras pinggang, ketiak, bahu,telinga, kepala, sejengkal dari kepala. Lepas tu ulang balik. Kalau boring, main ala tali skipping gitu. Nyanyi la lagu dia lebih kurang macam ni :

Mina moni gelang gengsi
Si pajri popiau popiau
A,B,C,.....


Ada lagi satu lagu pilihan;

Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba,
A, B, C,.......


sampai la kaki kawan tu sangkut.Kalau tak sangkut sampai Z kira champ la. Ntah hapa2 ntah...

Jom main....

Jom main....ayat wajib masa bebudak dulu...Aku ni dah nama pun budak kampung. Game pun semua game kampung la.

Batu tujuh/lima
Bahasa standard kata Batu seremban. Uihh...champion tuh! Sekali bukak game paling kurang score 100..sbb sampai banyak tu pun paling cekap n cepat nak kira. Kalu lebih bukan tak pandai kira tapi dah jadi lambat takut konpius. Batu pulak carila batu sungai ka, batu jalan ka, lepas tu tanam dalam tanah barang seminggu konon2 nak kasi bulat. Tapi tak bulat pun seingat2 aku. Tapi dah di psyco kan kata batu tu bulat, kira bulat la..cehh..sewel betul.

Main Tooi
Ini bahasa standard kata Galah Panjang. Ni pun sempoi gak layan. Angkat dua geng lepas tu lukis 6 petak atas tanah. Satu geng kena jaga garisan petak, satu geng lagi kena melepasi petak. Kalau buleh lepas n patah balik walaupun sorang kira menang la. Memang meriah main game ni. Anak aku pun ada gak main game ni kat tadika tapi dah diubah suai sikit.

Congkak
Ni aku rasa semua orang tau kut. Aku dulu main korek lubang kat tanah aje. Korek 14 lubang atau rumah(7 lubang bertentang campur Ibu Rumah iaitu lubang besar di setiap hujung). Lepas tu cari biji getah atau buah guli buat buah. Tidak pun bapak aku buat rumah tu dari tempurung yang bapak aku paku kat atas kayu...tu dah kira canggih la beb set congkak aku tu...

Guli
Ni satu lagi game famous masa kecik2 dulu. Ikut la nak main bulatan atau garisan. Nak main secara syer modal atau individu. Aku tak berapa champ sangat tapi mmg main la game ni ngan bebudak jantan kampung aku.


Poto-poto

Alah....poto2 ni kad kecik2 yg ada gambar tu la, sebelah ada gambar, sebelah lagi ada nombor daun terup tuh!Lahabau betoi la..Dulu mana la nak pikir tak leh main daun terup tuh siap simpan dalam rumah lagi. Tapi mmg ketagih main menatang ni. Susun dalam satu barisan poto2 tu(Kalau satu orang kena bagi modal banyak, lagi panjang la barisan tu), lepas tu tujula ngan guli. Kalau ada poto yg jatuh, barisan pot2 yg sebelum poto yg jatuh tu akan menjadi kawan tu lah yang punya....hishh..sempoi toi la...

Pondok-pondok
Cehh..dah nama pun pompuan, mestilah main game ni. Mmg qalit betoi main pondok-pondok nih, ada komuniti yang tersendiri. Ada mak, ada bapak, ada anak, ada tukang kedai..kira complete utk satu komuniti masyarakat yg sederhana. Pondok pulak buat mcm pondok betul2. Siap buat bumbung, pintu semua...Tu semua dulu, sekarang ni dah ada rumah betul, dah ada anak betul...ha..amik kau...main betul-betul!

Friday, November 6, 2009

Dulu-dulu....part 2

Hmm....teringat masa mula-mula nak masuk darjah satu. Teringat masa tu bapak aku belikan aku sebuah beg peti warna coklat. Perghh...kira hebat la masa tu dapat bawak beg yg ala-ala beg pakaian tuh! Baju gaun biru ngan kemeja putih kat dalam. Paling cun la kiranya. Lagi dua tiga hari sekolah nak start bapak aku bawak aku pi potong rambut kat satu kedai maknya. Bapak aku kata potong pendek mcm budak sekolah. Apa lagi...selesai saja majlis potong rambut tuh, tengok cermin...warghhh...macam nak nangis sbb maknya tu potong rambut aku dah sebijik jadi mcm muka cucu dia. Mmg tension la masa tuh tapi apa nak buat, nak simpan rambut panjang, mak aku takdak masa nak dandan rambut aku pagi2 sbb mak aku ni wanita berkerjaya....Malam nak pi sekolah tu, sekali lagi buat ke entah berapa puluh kali aku audit kandungan beg aku...bukan ada apa pun cuma kotak pensil aje la..bukak tutup bukak tutup...mmg tak boring pun..Sekarang ni bila anak2 aku buat perangai macam tu tahu pulak aku marah kata keciwi la, peqak la padahal aku dulu pun macam tu lah jugak. Betul la anak2 ni adalah cermin bagi ibu bapak..baru aku tau perangai aku dulu macam mana kuang...kuang...kuang....

Saturday, October 24, 2009

Dulu-dulu....part 1

Berlenggang dia berjalan
Sigadis desa yang manja
Jelingan yang manja
Menuju dia di kota
Di tangannya penuh bunga
Di hati penuh cinta.....

Kuang...kuang..kuang...kalau aku dengaq saja lagu tu la ni, aku konpom senyum sorang-sorang sebabnya......lagu tu la dulu selalu yang aku buat modal bila aku menyanyi. Aku memang suka menyanyi. Dulu2 masa sekolah rendah, klu cikgu suruh aku menyanyi kat depan kelas, aku dengan muka tak malu, konfiden aje terus volunteer jadi artis bidan terjun. Cehh...! Masa tu mmg rasa sedap gila la suara masa tuh. Member2 plak main sokong saja, mungkin tak nak kasi aku kecik hati kut...kesian kat depa, nasib baik tak berkudis telinga! Sekarang ni bakat terendam aku tu dah turun kat anak2 aku plak..Fuhh..lagi dasat pada aku, segala lagu Melayu, Indon, orang putih, orang hitam...semua tau. Tapi mmg betul la, budak2 nih takyah nak ulang banyak2 kali. Sekali saja dah dapat tangkap lebih2 kalau yang berlagu dan berirama nih.