Showing posts with label Meh makan..... Show all posts
Showing posts with label Meh makan..... Show all posts

Monday, January 10, 2011

Drama Sebabak

Salam.......

Lama dah tak update blog makcik nih. Semenjak-menjak anak jantan sorang haku yg baru nak masuk umuq 3 tahun dah pandai hadap komputer nih, mmg dah takdan dah kita ni nak dok depan pc.Asyik2 dia ja la yg nak konker!Kalau tak kasi,mengamuk macam kena pukui tequk2!Alahai anak bertuah mak nih!Itulah anak jantan sorang haku...Ahmad Zainaddin Zaidan. Ala2 pemain bola Real Madrid gituuu...Perancis lagi...ahakkkss. Okey lah,ni saja nak syer satu stori masa keluaq lunch tadi.Konon2 nak try satu restoran kat area Sunway Tunas, Cafe 57. Tempat dia not bad.Restoran tertutup ngan decor yg simple n relax la kan.Masuk ja kat dalam, parking kat port paling baik punya. Mai la satu pompuan hantaq menu.Haku pun bukak la menu..Qasa macam terpana ja dok baca menu sbb semua tulih bahasa omputih daa..... jenuh otak dok translate bahasa melayu. So aku pun order la Fried Rice Kampung Style(otak aku translate Nasi Goreng Kampung), Apple Juice n satu menu nih otak kiri dan otak kanan aku tak leh nak translate... Spring Roll ntah apa ntah. Haku pun dok la gebang2 ngan member sementara tunggu order sampai.Mula2 Apple Juice sampai.Lepas tu maila Spring Roll tuh...Haku dalam hati macam nak gelak guling2 ja sbb apa dasat sangat nama omputih dia(pada pandangan mata aku la),rupa2nya menu tu adalah...jeng...jengg...jeng....


Cehhh...popia goreng daaa.....sepinggan 4 hinggit.

Apa la haku nih, tak pasal2 kena temberang ngan bahasa penjajah tuh! Kalau dah Spring Roll dah tayang, Fried Rice Kampung Style pun nak kena enterprem la jugak.....zassss!


Nasi Goreng Kampung.....sepinggan 5 hinggit setengah.
Overall, makanan dia not bad la klu nak pi second round. Kira boleh tahan gitu.Sesuaila qega ngan tempat. Taaapiiii yg lebih boleh tahan n sesuai tu sebabnya haku lunch hari ni member yg belanja.Tu yg lagi sodaaappp tuuu..... layannnn..









Thursday, December 9, 2010

Lunch Outing!


Hari ni masa waktu lunch, group department buat lunch outing kat satu restoran kat area2 tempat kerja aku la jugak. Nama restoran tu Restoran Pen Mutiara. Apa lagi,order Kari Kapla la. Side menu dia : Nasi kukus, Siakap goreng, Sotong Goreng Tepung, Ayam Goreng Kunyit, Udang masak Sos, Kerabu Mempelam,Ulam n Sambal Belacan(pedas nyerrrr!), Kailan Ikan masin,Ikan Talang Masin Goreng, Telur Bistik, Puding apa ntah & Ayaq Asam Boi. Perghhh!Memang terangkat.Tak cukup garpu sudu,dengan tangan la aku hadap kapla ikan tuh!

Amacam?Sempoi dak..?Ni nama dia Set Mutiara.

Satu orang dia charge RM35 hinggit,belum kira 10% service charge tau. Ikut la nak booking satu meja 10 atau 8 orang. Hah apa lagi, belasah la. Kalau kat rumah mana nak dapat makan camni senang2. Layannn......

Wednesday, November 17, 2010

Rendangku menjadi jua......ahakkss!

Ha..haa....haa....akhirnya berjaya jugak aku memasak rendang ayam sendiri di hari raya nih! Selalu aku redah rumah mak sendiri atau mak mertua ja tp tahun ni aku dah berazam biar apapun rintangannya akanku 'on' jugak projek aku nih! Pagi tadi lepas b'fast(bihun goreng ja), aku pulun bagi anak yang memang suka sangat "membantu" aku kalau aku masuk dapoq tu tidoq, barula buleh aku start projek merendang aku nih!Idea asal dari Dapoq CMG(Cik Mat Gebu) tp bila dapat kat aku,biasalah,hat nu takdak,hat ni tak cukup, sudahnya rendang aku jadi la umpama Rendang OKU.....macam aku jugak!Redah ajer......

Lengkuaih takdak,daun kunyit takdak!Hentam ja lah.....

Hmm....buleh tahan gak menjadi xperimen haku nih!Kira bangga gila lah kan. Jemput lah layan mata yer......Layannn....

Wednesday, October 20, 2010

Nasik Goreng Belashan Tersyahdu Sudah!


Takdak idea sungguh nak masak apa dinner malam nih!Last2 dah habih pikiaq.....haku hentam nasik goreng udah la. Simple n tekak boleh layan,kira okey lah tu. Apa lagi,zup zap zup zap,tuk..tuk...tuk...ciau..ciau..ciau...nah hang,ambik Nasi Goreng Belashan Tersyahdu Sudah. Huh!Yang tersyahdu pasalnya,udah terlajak boh cabai cinonit tu, menkala kena ja kat lidah nih,perghhh.....tequih cek sedih,ayaq mata pun berlenang-lenang la.Sedih sungguh dapat mkn nasik goreng belashan cek nih...huuu...huuu....huu........ Simple-simple pun gagah jugak cek nak inteprem!Layan udah le.....

Saturday, October 16, 2010

Puding Coklat Sos Kastard Yummy...yummy....

Salam Hujung Minggu........

Petang ni tekak nih terasa nak makan puding la pulak.Ni semua gara2 dok pi merempit kat dapoq cik DJ lah nih. Sekali masa dok layan korner tetiba terbrek emergency kat satu port, tequih cek jatuh cinta. Barang mmg dah ada,apa lagi....redah ajer la.....Hasilnya...jeng...jeng...jeng, Puding Coklat Sos Kastard memang tak rugi try sbb kena sungguh ngan anak tekak cek nih!Kalau nak tengok resepi ngn foto hat lagi sempoi n ori punya redah ja KAT SINI! Layan........



Cerita banyak pun tak guna,klu nak tau rasa dia camna, try la dulu lepas tu make your own judgement! Lu pikir la sendiri....assalamualaikum....




















Sunday, January 31, 2010

Kek Lumut

Tu diaa....punya la lama tak update rumahku ini!Sebabnya aku sekarang nih tengah dok sibuk ngan facebook pulak. Syok sebab dapat keep in touch balik dengan member2 lama.Dah dekat 20 tahun tak tau citer,bila boleh connect balik macam2 hal la.Ada sorang member tu last jumpak dia masa tahun 1982,lepas tuh dia pindah ikut ayah dia pi Kulim,last week baru dapat jejak kasih balik.Memang best...... Okey, tu suma dah settle,ni aku nak updatekan projek aku hari ni. Hari ni aku telah dengan konfidennya mengukus kek resepi dari DayangJack iaitu Kek Lumut. Mmg sedap sama sedap ngan kek kukus coklat hari tu. Tapi tu la kan,aku buat 1/2 adunan saja,tak cukup la pulak. Rasanya time masak tadi punyala lama aku tunggu,tapi time nak menghabiskan tak sampai pun 2 jam. Tu pun aku sembunyi siap2 1/4 untuk esok. Malam ni aku rasa hat 3/4 tuh...selosaiiii..... Chef DJ,kita C&P resepi ya.....

Lumut tak berapa nak jadi la,kaler dia tak ngencem..........


Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega Golden Churn
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering).
Ni untuk resepi 1/2 adunan yg aku guna:
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

Kalau nak tengok hasil yg original, KLIK SINI!.....gambar lagi cantik tau.

p/s: kali ni pun kira nak derhaka gak...pewarna hijau takdak so kita ganti ngan pandan emulco,terus konpius sukatan,tu yg kaler pun tak konfiden aje hijaunyer....

Sunday, January 10, 2010

Projek Hujung Minggu

Malam ni aku nak buat tayangan amal projek aku cuti hujung minggu nih!Kek Coklat Kukus aku redah dapur DayangJack siang tadi. cuma aku tak make-upkan dia...kes malas tahap gaban! Komen? Sapa2 yg suka makan kek coklat amatlah rugi kalau tak try resepi nih. Anak2 paling hepi n mak dia lagi la hepi sbb buat julung2 kalinya buat kek. Selalu hat simple aje..puding or agar2 jer... Cik DJ, mohon perkenan nak CnP resepi kat cni yea lengkap dengan cara nak menganachekan kek tu sekali.......TQ sifu...

Bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1/3 cawan horlicks
Bahan-bahan di atas perlu diayak sekali dan ratakan.

Bahan B :
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 4 biji telur gred AA
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung.
  2. Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  5. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diputar.
  6. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil.
  8. Kukus selama 1 jam.
  9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
  10. Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)
****boleh gantikan tepung gandum dgn tepung naik sendiri jika suka.

Hiasan topping/ganache yg biasa dayang buat: (utk kek saiz kecil)
Cara A :
  • 50 gm butter
  • 100 ml ready whip topping
  • 100 gm coklat masakan
Cara-cara : Cairkan coklat dan butter. Masukkan whip cream td dan kacau hingga pekat berkilat. (guna kaedah double boil)

Cara B :
  • 50 gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 100 gm coklat masakan
Cara-cara memasak sama seperti Cara A.
Ni lagi satu projek aku semalam,tapi hat ni budak2 tak berapa minat la....Agar-agar Qaplah aka Agar-agar Bandung. Memang tau dah taste bebudak tu tp memandangkan nak kena perabiskan jugak stok,main redah ajerla. Sebabnya hubby dah tersilap beli serbuk agar-agar yg ada kaler merah, biasalah sekali sekala jadi qaplah jingga. Apa lagi, meqaban la aku dok mengadjust apa yg patut dan hasilnya...jeng..jeng...jeng...

Ada lagi satu projek aku yg tak sempat aku nak snap pic sbb permintaan terlalu hangat sampai dah tak sempat nak interprem dah terus selamat dah jadi arwah. Aku buat semalam,petang ni selesai iaitu Aiskrim Kacang Merah dari resepi Chef Mat Gebu .Cuma aku tak letak kacang merah n guna susu coklat,memang mabeles! So apa lagi...layannn.....

Friday, January 1, 2010

Busuk yang sedappp...

Salam...perghh...lama gak aku aku tak post apa-apa pun kat sini.Takdak yng gempak pun so aku keep silent aje la.So...kalender Masehi bertukar lagi..2010! Bertambah lagi la umur aku tahun ni. Ha..tahun ni aku dahulukan entry aku ni dengan dua menu yg mmg payah tekak aku nak tolak weii...tapi sorri sbb enterprem tak cantik la..


Ni menu aku tengahari tadi.Sesetengah orang masak amik biji saja tapi klu aku, lebih suka kikis kulit petai tu dan hiris nipis-nipis sekali ngan bijik petai sekali. Kena pulak boh udang hidup...perghh!Kalau setakat mak mertua lalu kat belakang tu mintak maap la konpom tak nampak tapi kalau lalu depan insyaallah...gerenti nampak!Hii..hii..hi..bilik air kasi curah air banyak2 aaa..ada bau la...


Ni pulak sebenaqnya aku dah masak masa cuti krismas hari tu,ni baru rajin nak posting.Memang dah habis pun. Ni nama dia Rich Choc Pudding aku amik dari myR resepi dari Juns11. Memang sedap and very the yummy! Memula tu aku cadang nak tebus kegagalan aku untuk buat Puding Wangi cik DJ tapi mengingatkan rotan yang cik sifu tu bawak utk kejar aku keliling padang tempoh hari, aku tak konfiden lagi boleh buat...takut kena rotan lagi waa... Apa2 hal pun layannn....

Friday, December 18, 2009

Burpp.....ada bau la.....

Salam Awal Muharram....dah tuko kalender kita no tapi agenda kalender tahun lalu rasanya tak lengkap2 jugak. Bayan Lepas menyambut tahun baru dengan hujan start dari petang semalam membawak kepada di saat aku dok menekan keyboard ni lah...rasa feeling semacam saja time2 cenggini.Klu dulu time2 solo,bleh gak tarik selimut,la ni bila dah dapat pangkat sarjan nih(askar dah tiga wehhh!)mana la ada kesempatan nak meqeloh(lena) siang2 nih...gitulah.... Wokey! Hari ni aku nak syer satu resepi hat mmg sempoi habaq kat hampa tapi ni untuk mereka2 yg makan tempoyak la,yang tak makan tempoyak tu...tak dopek den nak nolong.....

Nak resepi? KLIK sini!

Resepi ni asal dari sukamakanje yg aku selongkaq kat myR la. Aku gandingkan plak ngan ikan gelama masam goreng! Lepas tu pekena ngan Nescafe Tarik sempoi punya.Perghhh... mmg aku
rekomen la resepi ni... Ohh ya...lupa pulak nak ucapkan terima kasih aku untuk sahabat qorib aku Cik Julia krn supply kat aku tempoyak tuh!TQ very much!!Layannn......

Wednesday, December 16, 2009

Popia Silam......

Salam pembuka bicara....malam ni tiada perkara baru untuk dikongsi. Sekejap ronda2,sekejap patah balik rumah sendiri. Masuk peti simpanan harta pusaka,terjumpak plak ngan khazanah dari Malaya nih.Ingat nak syer la ngan member2 semua. Alah bukan dasat sangat pun cuma ini adalah hasil tangan aku masa aku memula berlaypark2 kat myR tulah....
Ni tak leh ngorat tau sbb mmg dah takdak pun....

Ini klu dlm bahasa indahnya disebut kudapan, nama dia Popia Kraker. Dah tuan dia kasi nama tu, aku takleh memandai2 tukaq pulak. Resepi hasil gubahan Syahmi. Sedap n simple cuma aku malas nak ikut original verse bab nak menggulung tuh so aku pakai lipat n gunting aje.Lagi satu aku adjust sukatan gula ikut tekak aku la....Redah ajerr....

Saturday, December 12, 2009

Saturday Lunch Fever....

Tengahari ni aku masak lunch yg senang2 aje.Menu Sardin n Sayur Goreng Kubis ngan udang kering. Ni kes nak habiskan ration lama(malas malu nak habaq..hii..hii..hii...), esok nak isi inventori baru plak. Ada sosej so aku bikin la Telur Dadar Sosej. Alah senang sesangat. Sosej tu goreng n hiris nipis2 lepas tu campur la ngan telur ayam 3 biji,hiris cili merah skit, boh fresh milk barang sesudu dua(sblm ni ada gak kekadang aku try boh air,kali ni xperimen skit ngan susu plak). Goreng macam goreng telur dadar biasa tula..siap.....
Gambar tak clear la pulak..redah ajer la...

Sbg xtra menu aku hari ni,aku goreng plak tempe ikut stail Sambal Ikan Bilis & Kentang Lina_Pg tapi aku cuma guna tempe aje. Last2 tak jadi makan ngan nasi,aku ratah cenggitu saja...sedappp...
sempoi nihh...

Tulah antara menu aku yang aku masak sambil aku minum Ice Blended Soda Milk resepi Kak Fida, nyaman rasa panas2 nih!Layannn......





Tragedi Puding Derhaka

Salam Sabtu,lama gak tak kongsi2 citer kat sini. Takdak pabenda yg nak syer so kita pun keep silent aje la. Hari ni baru ada n3 nak post nih!Pagi tadi lepas b'fast simple mee goreng, aku dgn semangat berkobar2 prepare utk buat Puding Wangi hasil skodeng dapur DayangJack. Nampak very the yummy sungguh di mataku ini tapi aku derhaka sikit sbb aku gantikan Horlick ngan Milo n aku tak letak pewarna. Tulah orang kata,jgn melawan cikgu mmg betul pun nasihat tuh,ntah aku silap kat mana tak menjadi! Hasil postmortem aku,aku rasa aku silap sukatan kut lagi satu aku baca tak habis,telur aku belasah pukul sampai berbuih. Hasilnya.....puding yg simple tu masak, tapi macam bubur.Oleh krn puding dah jadi bubur,aku modified la bagi jadi puding balik! Hasilnya....jeng3X....
Aku kena namakan puding hari ni Puding Tidak Bernama....ahakkss...

Aku masak serbuk agar2 10g ngan 500ml air campur 4 sb gula pasir,tambah susu cair 3/4 cawan lepas tu aku campur la pudding bubur aku tu,dah sejuk skit aku taruk dlm esbok. Wallaaa.....selamat n sedap gak. Hii...hii...nak mintak ampun kat DayangJack sbb dah tunggang terbalikkan resepi cikgu anak murid kerjakan.....

Sunday, December 6, 2009

MyResepi Dot Com

MyResipi.com...... sekali lagi nama Lina_Pg aku nak sebut sbb dia lah yg introkan aku laman web tuh. Dari situ aku dah mula dapat hobi baru, hobi nak masak. Aku ni jenih yg mmg tak reti n tak minat nak masak tapi lepas aku terjah laman web yg satu ni, tiba2 aje dah jadi lain. Sudah tukar ka? Ya..mmg hobi aku sudah sikit tukar juga ada... Ni aku nak kongsi antara koleksi2 aku kat MyR tuh. Layannn.....
Baby Bread Pudding by Kak Fida

Bayam Tumis by Kak Fida

Kek Mentega Tanpa Telur by Kak Fida
hii..hii..mmg lembap tapi bukan kek yg lembap tapi aku ni ha yg lembap,kek cenggini pun boleh failed! Bukan jadi pun kek aku nih,tak caya baca laporan kat link Kak Fida tuh,frust betoi la....

Puding Roti Marble by Cik Hana

Puding Roti Marble versi Stoberi by Hana

Sambal Ikan Bilis & Kentang by Lina_Pg

Sambal Belacan by Hana

Ayam Phat Phet by Widad

Okeylah.....tu lah antara sejarah aku ngan MyResepi,mmg sempoi tempat tuh! Tq lagi sekali untuk teman2 suma yang aku anggap chef kat dalam MyR tuh....

Lunch lagii....

Hari Minggu....argghh...esok nak kena pi keje balik. Amatlah menensionkan klu dipikir2kan so tak yah pikir banyak,layan aja menu aku untuk lunch hari ni...paling simple n yummylicious klu sekali sekala makan. Tengahari ni cuaca pun nak kata panas sangat pun tidak, mendung sangat pun tidak, so..so la klu cakap omputih broken. Maka terhasillah hari ni menu aku Taucu Blues . Kehh..kehh...dah masa aku masak cuaca sikit punya blues ka, so aku kasi aja la nama cam gitu..jangan mare. Kena pulak aku main hentam aje campak2 ramuan masak taucu tuh,sib baik rasa dia tak jadi lain macam.
Ni la dia Taucu Blues tuh,aku guna ikan curut aje(klu kat tmpt lain org sebut ikan sardin kut) .

Menu sampingan pulak aku pi skodeng dapoq Kak Ummi sbbnya dah ada stok ikan cencaru pulak. Bosan pulak asyik dok goreng ikan sambal belah belakang aje klu ada ikan tu,so hari ni aku cadang nak belah depan pulak.Skodeng punya skodeng dapat resepi Ikan Terutup. Kak Ummi pulak masak ikan tu hasil dari skodeng kat umah Za Jurnal Rasa Bahan dah ada so redah ajer la...

sorry aa gambar tak segak tapi rasa dia mmg bleh rekemen kat member tu...

Tak ketinggalan...apa lagi habuan nak lepas mengkelan...Kopi 'O' pekat sempoi habaq kat hang... Layannn....


Saturday, December 5, 2009

Choc Bread Pudding

Salam Sabtu...pagi ni lepas ngadap breakfast yg paling simple, Roti Telur n kopi 'O' piau punya, terus 'ON' projek yang mmg dah berangan dari semalam nak buat.... Choc Bread Puding. Ni penangan dok pi ronda dapur Cik Lina_Pg kita lah ni. Love at the first sight omputih kata. So apa lagi, barang dah ada..redah ajer la....Resepi smuggle dari dapoq Chef DJ otai/sifu..ngencem gitu. Tq forever ever utk Cik DJ n Cik Lina_Pg kita....Layannn...

Saja kasi posing tidoq!

Sunday, November 29, 2009

Pulut Kuning Gulai Daging

Haa.....masih lagi bertemakan daging korban di hari-hari Tasyriq nih. Petang tadi salah seorang dari ramai sahabat baik aku Cik Julia telah sudi untuk menyedekahkan daging korban untuk aku korbankan pulak di ruang dapur sempitku...kihh..kihh..kihhh. Syukran Cik Ju.... Moga-moga dimurahkan Allah rezeki buatmu sahabatku! Apalagi, projek la ngan daging yang mmg fresh gila tuh. Dah petang2 cenggini maleh nak pikir susah-susah so jadi la gulai daging tu. Pulut kuning tu aku masak sbb dah jemu la pulak asyik cekik nasik aje. selongkaq esbok, ada pulut yg aku pun dah lupa bila aku beli kuang...kuang..kuang... Nasib baik masih elok lagi. Aku redah dapur Chef DJ kita untuk cara nak masak pulut yg paling simple dan pantas. Hasil sekodeng aku, dapatlah resepi dari dapur Chef DJ yg diadaptasi dari hasil air tangan As75. Mmg simple n pantas sungguh! Tq untuk Cik DJ n As75!Memang berbaloi........

Saturday, November 28, 2009

Korban Kasih.....

Korban Kasih.....hi..hi..hi..suspen ja bunyi. Actually itu adalah nama yang aku nak kasi untuk menu lunch aku hari ni..ahakks..! Kenapa Korban Kasih?? Saja ja sebenarnya nak amik nama tu bersempena dengan suasana Aidiladha ni. Semalam bapak aku kasi daging korban so hari ni apa lagi....... projek daging la. Kalau di muhasabah balik, adakah kita la ni sanggup melakukan apa yg pernah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim dulu? Mengorbankan dengan IKHLAS kasih sayang pada anaknya untuk kasih sayang yang lebih agong untuk Allah Subhanawata'ala.... rasanya tidak kut untuk jawapan yg pantas. Lumrah bagi manusia yang lemah spt kita jika tidak dapat menahan dugaan yg maha hebat namun Tuhan lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat. Apa yang pasti dan sudah tersurat, lunch aku hari ni settle!
Posing ikut arah jam...Sup Daging, Daging Masak Berempah n Nasi Daging. Kira resepinya resepi Redah Ajer tu. Main campak2 je.Kehh..kehh..kehhh
Ha...lepas selesai hadap set Korban Kasih tu, pelengkap dia apa lagi...Nescafe tarik kaw-kaw le..... mai secawan!Layannn.....

Monday, November 23, 2009

Malam ni...

Haa....ini adalah hasil kerja keras tangan aku malam ni, Gulai Udang Pejam Kapla Tarak.Pasai apa dia pejam?Pasai apa kapla tarak?? Pasainya aku letak minyak sikit so minyaknya pecah tak banyak,bukan tak masak tapi tak berapa belenang orang Penang cakap.Lepas tu kapla udang tu semua terlerai dari badan. Lantakla belenang ka kapla hilang ka janji ada rasa gulai ada rasa udang.Settle lauk aku untuk esok...begitulah adanya. Housewife separuh masa macam aku ni cenggini la, malam baru dapur berasap.Sedap??Sapa berani kata tak sedap?Aku dah rasa dah, klu tak sedap pun,dah aku yg penat2 masak, konpom aku kata sedap.Kuang...kuang...kuang..jiwa kacau betul!

Dinner pulak dahh....

Siang tadi mogok sbb semalam team bola kalah ngan team ciput tuh!Malas nak masak.Dinner kena la masak jugak.Klu siang malam makan bungkus,buleh bungkus aku!So malam ni mmg tak sekodeng dapur sapa2 pun main redah saja masak apa yang ingat dlm kapla otak nih.At last jadi gak la hidangan utk malam ni yang akan ku pertayangkan jugak untuk tatapan seantero dunia.Masak biasa saja...Ayam Masak Merah n tak lupa sayur feberet sayur Pak Choy.Kali ini pak choy aku dah hantaq pi sekolah,so dia tak jadi sayur bodo lagi,siap ada udang dua ekoq ngendeng sekaki.Layan aje le....
Seperti biasa photo shoot mmg tak memuaskan tapi redah ajer la...
Haa....amacam?seksi ka seksa ka udang tu punya posing???

Saturday, November 21, 2009

Alahai breakfast....

Pagi ni sesudah subuh, kapla dok rolling hari ni nak b'fast apa. Roti canai dah selalu sangat dah. Nasi lemak...mcm tak rasa nak masak la pulak,nak beli...masak sendiri sempoi lagi. Last2 buat hat yang paling senang...ala2 western gitu. Menunya Toasted Bread with omelette n Black coffee aka kopi O cap Hang Tuah..kehh...kehh...kehh....menu ni kena ada bake beans baru sempoi tapi memandangkan dah takdak...redah ajerla apa yang ada.Seperti biasala, nak ngendengkan jugak gambo yg mmg tak cantik pun tapi...hentam saja la...