Thursday, December 9, 2010

Lunch Outing!


Hari ni masa waktu lunch, group department buat lunch outing kat satu restoran kat area2 tempat kerja aku la jugak. Nama restoran tu Restoran Pen Mutiara. Apa lagi,order Kari Kapla la. Side menu dia : Nasi kukus, Siakap goreng, Sotong Goreng Tepung, Ayam Goreng Kunyit, Udang masak Sos, Kerabu Mempelam,Ulam n Sambal Belacan(pedas nyerrrr!), Kailan Ikan masin,Ikan Talang Masin Goreng, Telur Bistik, Puding apa ntah & Ayaq Asam Boi. Perghhh!Memang terangkat.Tak cukup garpu sudu,dengan tangan la aku hadap kapla ikan tuh!

Amacam?Sempoi dak..?Ni nama dia Set Mutiara.

Satu orang dia charge RM35 hinggit,belum kira 10% service charge tau. Ikut la nak booking satu meja 10 atau 8 orang. Hah apa lagi, belasah la. Kalau kat rumah mana nak dapat makan camni senang2. Layannn......

Wednesday, November 17, 2010

Mari Berkenalan....

Hari ni masa gather2 kat rumah mak, teringat pulak aku nak mengabadikan antara spesis pokok2 ubat yg ada kat depan laman rumah mak aku.

Daun Melor Jawa

Pernah tengok ka daun nih? Daun nih khasiat dia untuk melegakan batuk. Ni lah ubat yg anak aku boleh layan pun. Klu bawak pi klinik pun bak kata oqang buat syarat jumpak doktor ja.Kang klu orang tanya dah bawak pi klinik, bulehla aku jawab dahhh...! Ubat simpan dalam fridgelah tempatnya. Daun ni untuk external use only. Cara dia, calit kapur makan(kapur yg dok makan ngan sireh tu la) kat daun tu lepas tu lipat kecik2,upaq dengan dua tapak tangan. Hampa tau ka upaq tu apa dia? Upaq tu kira macam gosok2 la sampai keluaq ayaq hijau daun tu(titis air untuk bagi sedikit berair,baru senang nak gosok). Air daun tu sapu lah kat bahagian dada ngan bahagian belakang badan anak. Tapi biasalah,klu dah guna cara tradisional ni, dia belemoih(comot) lah sikit.Anyway, what to do, klu dah cara mcm tu yg berkesan,kite redah ajer....


Ni gambar pokok Melor Jawa

Lagi satu daun yg aku pun tak pernah dengaq nama dia...Daun Lio. Kengkawan semua pernah dengaq ka? Ni aku tepek gambaq dia.

Daun Lio ni panjang2 dan tirus

Pokok Lio


Daun Pokok Lio ni ubat untuk baby yg kena kuning. Daun dia buat ayaq mandi lah tu. Aku pun baru tau ja sbb mak aku baru tanam pokok ni. Sebelum2 nih,anak aku ada gak kena kuning masa baby dulu,mak aku kasi mandi dengan ayaq buah keranda ja.Buah Keranda???Apa punya nama daaa.....

Ni lagi satu spesis yang agak common,jeng...jeng...jeng.....


Anda kenal dengan buah ini?????

Masih bergayut di ranting pokok

Buah Mengkudu ranum yg empat bijik kat atas tu aku kutip sbb aku baru dapat satu petua. Buah dia tu aku nak ramas2 lepas tu nak sapu kat tumit kaki aku ni....kes tumit merekah lah ni. Cuma buah ni kena tahan ngan bau dia yg hancing. Buah ni mmg ada macam2 khasiat,cuma kena tahan lah sikit kalau nak telan! Anda ada berani? Cobalah.....

Rendangku menjadi jua......ahakkss!

Ha..haa....haa....akhirnya berjaya jugak aku memasak rendang ayam sendiri di hari raya nih! Selalu aku redah rumah mak sendiri atau mak mertua ja tp tahun ni aku dah berazam biar apapun rintangannya akanku 'on' jugak projek aku nih! Pagi tadi lepas b'fast(bihun goreng ja), aku pulun bagi anak yang memang suka sangat "membantu" aku kalau aku masuk dapoq tu tidoq, barula buleh aku start projek merendang aku nih!Idea asal dari Dapoq CMG(Cik Mat Gebu) tp bila dapat kat aku,biasalah,hat nu takdak,hat ni tak cukup, sudahnya rendang aku jadi la umpama Rendang OKU.....macam aku jugak!Redah ajer......

Lengkuaih takdak,daun kunyit takdak!Hentam ja lah.....

Hmm....buleh tahan gak menjadi xperimen haku nih!Kira bangga gila lah kan. Jemput lah layan mata yer......Layannn....

Wednesday, October 20, 2010

Nasik Goreng Belashan Tersyahdu Sudah!


Takdak idea sungguh nak masak apa dinner malam nih!Last2 dah habih pikiaq.....haku hentam nasik goreng udah la. Simple n tekak boleh layan,kira okey lah tu. Apa lagi,zup zap zup zap,tuk..tuk...tuk...ciau..ciau..ciau...nah hang,ambik Nasi Goreng Belashan Tersyahdu Sudah. Huh!Yang tersyahdu pasalnya,udah terlajak boh cabai cinonit tu, menkala kena ja kat lidah nih,perghhh.....tequih cek sedih,ayaq mata pun berlenang-lenang la.Sedih sungguh dapat mkn nasik goreng belashan cek nih...huuu...huuu....huu........ Simple-simple pun gagah jugak cek nak inteprem!Layan udah le.....

Saturday, October 16, 2010

Puding Coklat Sos Kastard Yummy...yummy....

Salam Hujung Minggu........

Petang ni tekak nih terasa nak makan puding la pulak.Ni semua gara2 dok pi merempit kat dapoq cik DJ lah nih. Sekali masa dok layan korner tetiba terbrek emergency kat satu port, tequih cek jatuh cinta. Barang mmg dah ada,apa lagi....redah ajer la.....Hasilnya...jeng...jeng...jeng, Puding Coklat Sos Kastard memang tak rugi try sbb kena sungguh ngan anak tekak cek nih!Kalau nak tengok resepi ngn foto hat lagi sempoi n ori punya redah ja KAT SINI! Layan........



Cerita banyak pun tak guna,klu nak tau rasa dia camna, try la dulu lepas tu make your own judgement! Lu pikir la sendiri....assalamualaikum....




















Tuesday, September 28, 2010

Kisah pendek....

Haa...... hari ni mmg rezeki murah kut. Tadi kat tempat kerja 'big boss' kasi kacang pistachio aka kacang cerdik sebungkuih ngan teh halia sebungkuih(aku bukan minum pun, balik kasi cik abang le...). Balik rumah hubby plak bawak balik sempoi punya buah tangan. Kek Lapis dari Sarawak! Ada sorang kakak kasi masa dia pi hantaq 'bungkusan' tu. Rupa2nya bungusan tu adalah kek lapis dari Sarawak. Aku yg tak pernah makan pun kek tu excited la jugak.









Selalu dok layan mata kat dapoq cik DJ ja, akhirnya hari ni merasa gak kek lapis ori dari Sarawak. Alkisahnya.....

Monday, September 27, 2010

Citer lama.....

Saja nak update aktiviti bulan posa lepas. Aktiviti apa lagi,aktiviti meng'cookies'lah. Tahun ni konon2 rasa bersemangat nak buat kuih raya la so....waktu lunch redah la pi rembat apa yg patut. Mula2 ingat nak buat 4-5 jenih tp oleh krn taik ayam tuh hangatnya tak lama so jadi 3 jenih aja la....huu...huu....huu....


Biskut Kacang Peas..... tak sempat nak raya dah habissss!



Biskut Choc Marble Butter Scotch

(biskut nih tak sedap,konpom tahun depan tak mao buat dah)

Biskut Choc Raisin Roundies (boleh tahan!)

Tu citer bulan posa yg lalu.Mmg tak gempak mana pun,tp main ngan level amatur aku nih, aku rasa tahun nih kira dasat gak la dapat siap kuih raya sendiri. Klu nak layan kuih tunjuk2,mau bankrup makcik!




Sunday, September 26, 2010

Warm up...... Coq Baloq

Minggu nih haku mmg takdak pabenda nak citer sebenaqnya pasal aktiviti dapoq haku,so aku tempek ja la hat lama2 punya.Idak la lama sangat, baru pagi semalam buat. Tapi yg sebetulnya hat ni lah yg paling senang dan boleh tahan sedap pun yg selalu haku redah kat dapoq kecikku nih! Buat b'fast pun boleh,buat masa tea time pun boleh. Makcik layan ngan kopi 'o' piau jerr...perghhh..sempoi tuuu... ni ha layan ja lah nooo.... jeng...jeng...jeng...

Ni nama dia "Coq Baloq"

Haa...haa....haa... nak tau pasaipa nama dia Coq Baloq? Sbb mmg hat nak masak ni pun baloq. Sebenaqnya cara nak buat pun senang ja, alah mcm nak buat cucoq tepung tu cuma yg baloqnya aku main hentam adun ngan mixer. Malas nak kacau ngan tangan,lengoh weii. Tup2 sedap pulak.Dengan dapat tekstur yg lembut,gebu,takyah boh soda la bagai. Sampai dah sejuk 'gediii' pun dok lembut gak. Ni klu mak haku tau,mau kena syarah nih.Apa nak di kata,dah zaman ada teknologi,guna ja la.....

Sirih dah balik......

Salam untuk ahli dapur ku yg lama kutinggalkan. Yang mmg alah dek kerana pembawak budak pun dah kembali masuk dapoq tp aku yg alah dek pembawak baloq aka pemalas ni yg takqeti2 nak masuk dapoq balik. Bukan dapoq tak berasap tp culas sungguh nak meredah sini. Semua kerana Facebook. Mmg laman tuh memberi impak kpd haku yg tak berapa rajin nih!Hari2 asyik ke sana ja,blog dah tak singgah dah! But lately...dah mula rasa bosan kat FB tuh, so apa lagi, kembali ke 'marka lama' la balik.

Sunday, January 31, 2010

Kek Lumut

Tu diaa....punya la lama tak update rumahku ini!Sebabnya aku sekarang nih tengah dok sibuk ngan facebook pulak. Syok sebab dapat keep in touch balik dengan member2 lama.Dah dekat 20 tahun tak tau citer,bila boleh connect balik macam2 hal la.Ada sorang member tu last jumpak dia masa tahun 1982,lepas tuh dia pindah ikut ayah dia pi Kulim,last week baru dapat jejak kasih balik.Memang best...... Okey, tu suma dah settle,ni aku nak updatekan projek aku hari ni. Hari ni aku telah dengan konfidennya mengukus kek resepi dari DayangJack iaitu Kek Lumut. Mmg sedap sama sedap ngan kek kukus coklat hari tu. Tapi tu la kan,aku buat 1/2 adunan saja,tak cukup la pulak. Rasanya time masak tadi punyala lama aku tunggu,tapi time nak menghabiskan tak sampai pun 2 jam. Tu pun aku sembunyi siap2 1/4 untuk esok. Malam ni aku rasa hat 3/4 tuh...selosaiiii..... Chef DJ,kita C&P resepi ya.....

Lumut tak berapa nak jadi la,kaler dia tak ngencem..........


Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega Golden Churn
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering).
Ni untuk resepi 1/2 adunan yg aku guna:
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

Kalau nak tengok hasil yg original, KLIK SINI!.....gambar lagi cantik tau.

p/s: kali ni pun kira nak derhaka gak...pewarna hijau takdak so kita ganti ngan pandan emulco,terus konpius sukatan,tu yg kaler pun tak konfiden aje hijaunyer....

Sunday, January 10, 2010

Projek Hujung Minggu

Malam ni aku nak buat tayangan amal projek aku cuti hujung minggu nih!Kek Coklat Kukus aku redah dapur DayangJack siang tadi. cuma aku tak make-upkan dia...kes malas tahap gaban! Komen? Sapa2 yg suka makan kek coklat amatlah rugi kalau tak try resepi nih. Anak2 paling hepi n mak dia lagi la hepi sbb buat julung2 kalinya buat kek. Selalu hat simple aje..puding or agar2 jer... Cik DJ, mohon perkenan nak CnP resepi kat cni yea lengkap dengan cara nak menganachekan kek tu sekali.......TQ sifu...

Bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1/3 cawan horlicks
Bahan-bahan di atas perlu diayak sekali dan ratakan.

Bahan B :
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 4 biji telur gred AA
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung.
  2. Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  5. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diputar.
  6. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil.
  8. Kukus selama 1 jam.
  9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
  10. Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)
****boleh gantikan tepung gandum dgn tepung naik sendiri jika suka.

Hiasan topping/ganache yg biasa dayang buat: (utk kek saiz kecil)
Cara A :
  • 50 gm butter
  • 100 ml ready whip topping
  • 100 gm coklat masakan
Cara-cara : Cairkan coklat dan butter. Masukkan whip cream td dan kacau hingga pekat berkilat. (guna kaedah double boil)

Cara B :
  • 50 gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 100 gm coklat masakan
Cara-cara memasak sama seperti Cara A.
Ni lagi satu projek aku semalam,tapi hat ni budak2 tak berapa minat la....Agar-agar Qaplah aka Agar-agar Bandung. Memang tau dah taste bebudak tu tp memandangkan nak kena perabiskan jugak stok,main redah ajerla. Sebabnya hubby dah tersilap beli serbuk agar-agar yg ada kaler merah, biasalah sekali sekala jadi qaplah jingga. Apa lagi, meqaban la aku dok mengadjust apa yg patut dan hasilnya...jeng..jeng...jeng...

Ada lagi satu projek aku yg tak sempat aku nak snap pic sbb permintaan terlalu hangat sampai dah tak sempat nak interprem dah terus selamat dah jadi arwah. Aku buat semalam,petang ni selesai iaitu Aiskrim Kacang Merah dari resepi Chef Mat Gebu .Cuma aku tak letak kacang merah n guna susu coklat,memang mabeles! So apa lagi...layannn.....

Monday, January 4, 2010

MASA

Apa itu masa ?

Mulanya masa apabila Allah menjadikan alam semesta yang asalnya satu.

Tamatnya masa apabila berlakunya Kiamat Kubra : pemusnahan alam semesta dan seisi makhluk

Takrif Masa : Perumpamaan

Mula masa - bayi

Masa kanak - masa muda

Masa matang - masa tua

Tamat

Terjemahan

Mula à terjadinya alam semesta

Bayi à Adam diciptakan

Kanak à Kejadian Banjir Nabi Nuh a.s

Muda à Era Kenabian Nabi Ibrahim

Matang à Era Kenabian Nabi Musa

Tua à Era Kenabian Nabi Muhammad s.a.w - Akhir zaman/masa

Mati à Kiamat Kubra

Masa tua dinyatakan sebagai akhir zaman atau di akhir umur masa

Tamatnya masa adalah Kiamat Kubra

Peristiwa Period Akhir Zaman Mengikut Turutan

1. Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan

Peristiswa 1.1 Islam ditegakkan semula

1.2 Hijrah Rasulullah ke Madinah

1.3 Dakwah Rasullulah

1.4 Peperangan Rasullulah menentang kafir

2. Kebangkitan khalifah

Peristiwa 2.1 Khalifah Islam menjadi pemerintah di seluruh mukabumi

(Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab , India , Cina)

3. Kejatuhan Khalifah

Peristiwa 3.1 Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia

3.2 Perang Dunia 1 dan 2

3.2 Kebangkitan pengaruh dan ajaran Dajjal

3.2 Umat Islam berpecah-belah

3.3 Agama Islam dirosakkan

4. Perang Dunia Ketiga / peperangan menentang Islam secara total (pembantaian muslim)

Peristiwa :

4.1 Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan

4.2 Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)

4.3 Kemarau panjang

4.4 Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik

4.5 Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang

Disaat ini Puak Dajjal masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam peperangan.

Manusia berperang kerana agama dan politik.

5. Bala dari Allah s.w.t melalui 4 unsur. Tanah/Air/Api/Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Peristiwa :

5.1 Bumi bertukar wajahnya akibat bencana

5.2 Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.

5.3 Umat Islam sejati yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita

5.4 Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah

5.5 Lebih suka mati dari hidup yang teramat sengsara

6. Terlantiknya Khalifah Islam mewakili Umat Islam SeDunia di Mekah.

6.1 Dilantik oleh ulama di Mekah ketika musim haji

6.2 Umat Islam huru hara tanpa ketua-keluh kesah

6.3 Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb

(Golongan yang membantu Khalifah Islam) Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

7. Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)

7.1 (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

8. Peperangan Islam vs Kristian.

8.1 Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian yg menang dan memerintah bumi

8.2 Islam menang dibawah Khalifah Islam

9. Pemerintahan Khalifah Islam 7-9 tahun

9.1 Rezeki melimpah ruah

9.2 Haiwan Liar menjadi sahabat

9.3 Tiada orang yg sudi menerima zakat

9.4 Bumi mempamirkan kecantikkannya

10. Bangkitnya Dajjal bersama tenteranya/70000 dari Isfahan/Iran

10.1 Turunnya Nabi Isa

10.2 Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa

10.3 Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa

10.4 Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa

10.5 Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi

10.6 Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung

10.7 Kemenangan untuk Islam

11. Wafatnya Khalifah Islam. Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun

11.1 Semua manusia wajib menerima Islam. Hukumnya pancung

11.2 Pembunuhan babi seluruh dunia

11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’

11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan diri dari Yaajud Maajud

11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk

11.6 Hujan membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

12. Wafatnya Nabi Isa.

12.1 Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Period Kiamat Bermula

  1. Al Quran diangkat
  2. Nama Allah tidak disebutkan lagi
  3. Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
  4. Asap dari bumi
  5. Musnahnya Makkah dan Baitullah
  6. Semua Umat Islam dimatikan
  7. Matahari Naik di sebelah Barat
  8. Api dari barat

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

1. Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet

2. Mati sekelian manusia, jin, iblis, syaitan

3. Mati sekelian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail

Mahsyar

1. Permulaan masa akhirat dan ia tidak ada masa tamatnya

Pengajaran

  1. Tidak semudah itu untuk Islam menang jika bukan benar-benar diuji dengan kepayahan dan kesabaran.
  2. Kebangkitan/kemenangan Islam semestinya melalui period kesyahidan dan bukannya dakwah semata-mata.

Tidak ada penafian kecuali mereka yang dayus.

  1. Nabi Muhammad adalah NABI Akhir zaman yang telah menceritakan segalanya peristiwa sehingga hari kiamat.

Begitulah turutan berdasarkan pelbagai sumber rujukan dan diatas Cuma ringkasannya sahaja.

Masaalah 2012 yang diperkatakan seluruh manusia sekarang adalah merujuk kepada Bab Ke 5. Ia pasti berlaku cuma apakah pada 2012 itu adalah haq Allah. Sebagai umat Muhammad kita harus bersedia untuk mengkaji/memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia. Tetapi kita masih berselisih faham. Hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa.

Jika ada kesilapan ada dari diri saya sendiri. Wallahualam.

*kiriman seorang teman utk dikongsi bersama

Saturday, January 2, 2010

Daging n Puding lagi...

Salam pembuka bicara.... Hari ni aku nak intepremkan kat kengkawan menu lunch aku..simple je..Daging Masak Kicap. Memang senang pun nak masak. Tak payah nak tumis segala, just boh dlm periuk dan letak atas api sampai masak!
Ni aku letak sekali cara aku masak, Bahan-Bahan:
Daging lebih kurang 600g
Rempah daging 2 bungkus
Kicap pekat satu senduk
Minyak masak satu senduk
Sos tiram 1 sudu besar
Kulit kayu manis (klu kurus2 tu taruk la 2, klu hat besaq panjang tu satu je)
Buah Pelaga 3 biji
Bunga Lawang 2 biji
Bunga cengkih 4 biji
Bawang Besar 2 labu potong bulat pun boleh,potong dadu pun boleh
Halia ikut suka la,klu suka banyak letak la banyak
Tomato 4 biji di potong dadu
Air secukupnya

Cara-cara:
Masuk semua dalam periuk kacau sebati,perap sekejap tak nak perap pun no hal. Masak atas api sampai daging empuk dan pecah minyak. Garam tak payah letak sebab dah ada kicap n sos tiram tuh!Itulah betapa senangnya aku masak hari ni. So apa lagi...jemputla makan..layannn...

Untuk pencuci mulut pulak aku try lagi buat Puding Wangi resepi dari DayangJack. Kali ni nampaknya aku berjaya walaupun tak cantik macam sifu buat cuma aku masih tak puas hati sbb aku dah terlebih letak gula la so manis dah terlebih. Anak2 suka tapi mak dia jadi slow sbb lebih minat klu manis dikurangkan. Nampak gaya aku kena buat ulang masak lagi ni. Mmg betul kata sifu DJ,puding ni agak lembut tapi...cubalah sendiri,mmg sodapp!

Puding ni sebenarnya nipis saja sbb tak pandai bajet loyang,so kena tipu sikit,buat double layer bagi nampak tinggi. Tq untuk chef DJ n sorry sbb kali ni pun menderhaka sikit..tak letak kaler!Hii..hii..hii..

Friday, January 1, 2010

Busuk yang sedappp...

Salam...perghh...lama gak aku aku tak post apa-apa pun kat sini.Takdak yng gempak pun so aku keep silent aje la.So...kalender Masehi bertukar lagi..2010! Bertambah lagi la umur aku tahun ni. Ha..tahun ni aku dahulukan entry aku ni dengan dua menu yg mmg payah tekak aku nak tolak weii...tapi sorri sbb enterprem tak cantik la..


Ni menu aku tengahari tadi.Sesetengah orang masak amik biji saja tapi klu aku, lebih suka kikis kulit petai tu dan hiris nipis-nipis sekali ngan bijik petai sekali. Kena pulak boh udang hidup...perghh!Kalau setakat mak mertua lalu kat belakang tu mintak maap la konpom tak nampak tapi kalau lalu depan insyaallah...gerenti nampak!Hii..hii..hi..bilik air kasi curah air banyak2 aaa..ada bau la...


Ni pulak sebenaqnya aku dah masak masa cuti krismas hari tu,ni baru rajin nak posting.Memang dah habis pun. Ni nama dia Rich Choc Pudding aku amik dari myR resepi dari Juns11. Memang sedap and very the yummy! Memula tu aku cadang nak tebus kegagalan aku untuk buat Puding Wangi cik DJ tapi mengingatkan rotan yang cik sifu tu bawak utk kejar aku keliling padang tempoh hari, aku tak konfiden lagi boleh buat...takut kena rotan lagi waa... Apa2 hal pun layannn....