Thursday, March 8, 2012

Upacara Bukak Kotak Innershine



Tajuk ja dah tau....mestilah aku dah rembat sekotak Innershine yg menjadi agenda utama mesyuarat cangkung. Lunch semalam g Queensbay ngan geng2 sepermesyuaratan, pekena Cheese Garlic Naan kat Kapitan dulu then pedeqaih masuk Guardian. Nampak ja kotak yg mmg cun tu, qega pun tengah offer...apa lagi aku ciluk la sekotak bawak pi counter. Offer tu mmg lah qega offer tapi kira sebelah tangan gak la bertukaq tangan... RM49.98 sen. Bila dah rounded jadi jugak 50 hinggit! Ada 12 botol, 6 botol Prune n 6 botol berry. Lantak la, hati ni klu dah berkenan tak kisah dah la ni, kira jadi ja. Bak kata Ramli dalam Bujang Lapok..."kalau hati sudah suka, mana nak kenal botol kicap dengan botol cuka"! Aku gentiang(kilek/jinjing) gak sekotak tu bawak balik. So apa lagi, malam ni upacara bukak kotak la. Amboii.....tengok kotak saja pun dah come lote, kalau hasil dia tak comel lote,tak tau lah. Dari response bloger2 yg aku terjah, banyak yg positif dari negetif so aku pun kira nekad nak try lah ni. Kalau tak segak gak lepas ni...ntah la. Layan ja la tayangan amal photo kat atas tu,saja ja nak tayang...nak perasan sendiri lah nih......

Saturday, March 3, 2012

Aku,Safi Rania Gold & Mesyuarat Cangkung Innershine

Perghhhhh....... dah bersawang segala blog aku nih! Virus malas mmg payah nak buang. Tapi dek kerana satu fenomena yg sedang melanda hidup aku di tahun 2012 ni, jari jemari ni tergerak pulak nak pot pet pot pet kat riwayat maya ni. Wellll... actually bukan dasat sangat pun citer ni tapi ini mungkin adalah satu anjakan dalam fasa hidup aku yg di hujung2 30-an nih! Krisis peralihan umur? Mungkin jugak kut tapi aku perasan aku ni menten jaa....no hal pasal umuq2 nih. Biarkan ia bertambah!Bukan apa,klu dulu,10, 15, 20 tahun dulu aku mmg tak pernah ambik kisah pasal nak jaga rupa paras ni. Pada aku, apa yg Allah bagi, itulah yg aku terima. Terlalu bersyukur gituuu. Kebetulan muka aku takdak masalah, so aku rasa dah cukup lah. Buat apa nak peqabih duit nak beli pencuci2 segala. Pulaih paip , tadah tangan, basuh muka dah settle. Tapi itu dulu...Semenjak aku start merempit dalam dua tahun nih, kena pulak helmet aku clear wisor sbb aku rimas klu pakai tinted wisor ni..jalan tak berapa nak clear!, muka aku dah mcm dah tunjuk perasaan sikit. Dah start nak tinted caler kelabu asap dah. Tu pun aku buat tak kesah lagi..sampai lah satu hari sorang member aku teguq,apasal muka aku gelap? Ntah suis mana ntah tetiba ON, aku tequih jadi tak syok. Mula terpikiaq pasal muka aku. Aku start dok riki pasal produk muka ni. Dok tengok pulak Rozita Che Wan baguih punya dok tayang kaler emas2 kat tv tu, hati mula terbekenan. Bermulalah satu agenda baru dalam hidup aku yg tak pernah aku buat seumuq hidup aku sampai dah beqanak tiga nih! Agendanya nak cari produk yg ngam dengan muka aku. Venue dia Guardian kat Giant Bayan Baru. Time dia of kos la time lunch masa qeja sbb baru ada geng nak survey. 3- 4 kali punya dok ulang sampai salesgirl tu pun mcm dah kenai dah. Tapi tak beli2 jugak,asyik pegang letak pegang letak. Qasa sayang nak keluaq duit pun ada sbb mmg tak pernah bajet pun untuk benda2 mcm ni. Last2 aku tawakkal jugak try sekotak set apa ntah ada Gel Pembersih,krim kecantikan & Serum. Then aku top up ngan Toner n Kontur mata tp bukan hat Gold tapi Safi Balqis ja...sbb murah! So bermulalah tambahan rutin harian aku yg tak pernah aku buat dah dua dekad dah. Mmg best gel pencuci n serum dia sbb ntah,tak tau nak cakap rasa pa tp best la kulit muka rasa. Misi aku bukan nak kasi lebih cantik sbb apa yg ada ni dah 'cantik' dahhhh cuma aku nak try back tu asal muka aku. Anak2 pun heran sbb la ni klu masuk mandi, mesti lama dari selalu lepas tu senyap jaa...dok menonyoh la tuu. Dalam sebulan aku pakai, pendapat peribadi aku kata...mmg okey produk nih. Member2 pun kata okey,ada improvement dah warna muka aku. Sekarang aku rembat set lengkap produk nih. Berpuas hati dan yg paling penting, senang dan murah kalau nak beli. Non-alkoholic lagi,tu yg pilihan nombor satu tu.

Saja nak tayang. Maklumla tak pernah ada banyak sampai cenggini, rasa excited sikit sambil tangan tu dok tekan gak calculate beqapa hinggit yg habih! Buat masa la ni sampai entri ni di tulih,Alhamdulillah tahap kerajinan nak menonyoh muka masih di tahap tip top. Cehh!Tak pasal2 dah jadi macam promoter SRG pulak. Redah jer la....
Bila dah start jaga muka, dia mula la akai ni mai kut lain pulak. La ni dah timbul satu agenda lagi pulak...nak bagi cantik hat dari dalam pulak dah. Dah start survey Innershine pulakkkk. Ni semua pasal dok tengok Maya Karin la ni. Ntah apa2 dah aku la ni. Maya Karin masuk duit ,aku nak keluaq duit. So sekarang ni projek riki masih sedang rancak berjalan, di venue yg sama cuma tambahan kawasan perikian ke supermarket2 lain masih dengan geng yang sama. Haqi2 aku nanti dok pi cangkung kat rak2 supermarket sambil angkat letak angkat letak kotak Innershine prune plus tu. Dulu dok pi cangkung pasal SRG, la ni dah Innershine pulak. Bukan pasai pa, pasai dok banding2 harga la sambil dok belek2 kotak tanpa qasa bosan,tanpa rasa jemu. Agak mahal gak, tu yg tak beli2 lagi tu. Waaa....lepas ni kecantikan dari dalam pulakkkk. Terbang lagi la bajet aku. Apa2 pun tahun 2012 ni mmg tahun nak segak kut. Janji aku puas hati. Oqang lain nak kata apa lantak la...ada aku kesah??? Redah ajer la makcikkkk......

Monday, January 10, 2011

Drama Sebabak

Salam.......

Lama dah tak update blog makcik nih. Semenjak-menjak anak jantan sorang haku yg baru nak masuk umuq 3 tahun dah pandai hadap komputer nih, mmg dah takdan dah kita ni nak dok depan pc.Asyik2 dia ja la yg nak konker!Kalau tak kasi,mengamuk macam kena pukui tequk2!Alahai anak bertuah mak nih!Itulah anak jantan sorang haku...Ahmad Zainaddin Zaidan. Ala2 pemain bola Real Madrid gituuu...Perancis lagi...ahakkkss. Okey lah,ni saja nak syer satu stori masa keluaq lunch tadi.Konon2 nak try satu restoran kat area Sunway Tunas, Cafe 57. Tempat dia not bad.Restoran tertutup ngan decor yg simple n relax la kan.Masuk ja kat dalam, parking kat port paling baik punya. Mai la satu pompuan hantaq menu.Haku pun bukak la menu..Qasa macam terpana ja dok baca menu sbb semua tulih bahasa omputih daa..... jenuh otak dok translate bahasa melayu. So aku pun order la Fried Rice Kampung Style(otak aku translate Nasi Goreng Kampung), Apple Juice n satu menu nih otak kiri dan otak kanan aku tak leh nak translate... Spring Roll ntah apa ntah. Haku pun dok la gebang2 ngan member sementara tunggu order sampai.Mula2 Apple Juice sampai.Lepas tu maila Spring Roll tuh...Haku dalam hati macam nak gelak guling2 ja sbb apa dasat sangat nama omputih dia(pada pandangan mata aku la),rupa2nya menu tu adalah...jeng...jengg...jeng....


Cehhh...popia goreng daaa.....sepinggan 4 hinggit.

Apa la haku nih, tak pasal2 kena temberang ngan bahasa penjajah tuh! Kalau dah Spring Roll dah tayang, Fried Rice Kampung Style pun nak kena enterprem la jugak.....zassss!


Nasi Goreng Kampung.....sepinggan 5 hinggit setengah.
Overall, makanan dia not bad la klu nak pi second round. Kira boleh tahan gitu.Sesuaila qega ngan tempat. Taaapiiii yg lebih boleh tahan n sesuai tu sebabnya haku lunch hari ni member yg belanja.Tu yg lagi sodaaappp tuuu..... layannnn..









Thursday, December 9, 2010

Lunch Outing!


Hari ni masa waktu lunch, group department buat lunch outing kat satu restoran kat area2 tempat kerja aku la jugak. Nama restoran tu Restoran Pen Mutiara. Apa lagi,order Kari Kapla la. Side menu dia : Nasi kukus, Siakap goreng, Sotong Goreng Tepung, Ayam Goreng Kunyit, Udang masak Sos, Kerabu Mempelam,Ulam n Sambal Belacan(pedas nyerrrr!), Kailan Ikan masin,Ikan Talang Masin Goreng, Telur Bistik, Puding apa ntah & Ayaq Asam Boi. Perghhh!Memang terangkat.Tak cukup garpu sudu,dengan tangan la aku hadap kapla ikan tuh!

Amacam?Sempoi dak..?Ni nama dia Set Mutiara.

Satu orang dia charge RM35 hinggit,belum kira 10% service charge tau. Ikut la nak booking satu meja 10 atau 8 orang. Hah apa lagi, belasah la. Kalau kat rumah mana nak dapat makan camni senang2. Layannn......

Wednesday, November 17, 2010

Mari Berkenalan....

Hari ni masa gather2 kat rumah mak, teringat pulak aku nak mengabadikan antara spesis pokok2 ubat yg ada kat depan laman rumah mak aku.

Daun Melor Jawa

Pernah tengok ka daun nih? Daun nih khasiat dia untuk melegakan batuk. Ni lah ubat yg anak aku boleh layan pun. Klu bawak pi klinik pun bak kata oqang buat syarat jumpak doktor ja.Kang klu orang tanya dah bawak pi klinik, bulehla aku jawab dahhh...! Ubat simpan dalam fridgelah tempatnya. Daun ni untuk external use only. Cara dia, calit kapur makan(kapur yg dok makan ngan sireh tu la) kat daun tu lepas tu lipat kecik2,upaq dengan dua tapak tangan. Hampa tau ka upaq tu apa dia? Upaq tu kira macam gosok2 la sampai keluaq ayaq hijau daun tu(titis air untuk bagi sedikit berair,baru senang nak gosok). Air daun tu sapu lah kat bahagian dada ngan bahagian belakang badan anak. Tapi biasalah,klu dah guna cara tradisional ni, dia belemoih(comot) lah sikit.Anyway, what to do, klu dah cara mcm tu yg berkesan,kite redah ajer....


Ni gambar pokok Melor Jawa

Lagi satu daun yg aku pun tak pernah dengaq nama dia...Daun Lio. Kengkawan semua pernah dengaq ka? Ni aku tepek gambaq dia.

Daun Lio ni panjang2 dan tirus

Pokok Lio


Daun Pokok Lio ni ubat untuk baby yg kena kuning. Daun dia buat ayaq mandi lah tu. Aku pun baru tau ja sbb mak aku baru tanam pokok ni. Sebelum2 nih,anak aku ada gak kena kuning masa baby dulu,mak aku kasi mandi dengan ayaq buah keranda ja.Buah Keranda???Apa punya nama daaa.....

Ni lagi satu spesis yang agak common,jeng...jeng...jeng.....


Anda kenal dengan buah ini?????

Masih bergayut di ranting pokok

Buah Mengkudu ranum yg empat bijik kat atas tu aku kutip sbb aku baru dapat satu petua. Buah dia tu aku nak ramas2 lepas tu nak sapu kat tumit kaki aku ni....kes tumit merekah lah ni. Cuma buah ni kena tahan ngan bau dia yg hancing. Buah ni mmg ada macam2 khasiat,cuma kena tahan lah sikit kalau nak telan! Anda ada berani? Cobalah.....