Sunday, January 10, 2010

Projek Hujung Minggu

Malam ni aku nak buat tayangan amal projek aku cuti hujung minggu nih!Kek Coklat Kukus aku redah dapur DayangJack siang tadi. cuma aku tak make-upkan dia...kes malas tahap gaban! Komen? Sapa2 yg suka makan kek coklat amatlah rugi kalau tak try resepi nih. Anak2 paling hepi n mak dia lagi la hepi sbb buat julung2 kalinya buat kek. Selalu hat simple aje..puding or agar2 jer... Cik DJ, mohon perkenan nak CnP resepi kat cni yea lengkap dengan cara nak menganachekan kek tu sekali.......TQ sifu...

Bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1/3 cawan horlicks
Bahan-bahan di atas perlu diayak sekali dan ratakan.

Bahan B :
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula kastor (dikisar halus spt gula ising)
  • 4 biji telur gred AA
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air dgn api sederhana. Griskan loyang kek dan taburkan sedikit tepung.
  2. Putarkan mentega bersama gula hingga berkrim dan gebu (guna kelajuan maxima).
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan susu pekat dan putar lagi.
  5. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diputar.
  6. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan ke dalam loyang kek dan tutup dgn kertas foil.
  8. Kukus selama 1 jam.
  9. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang.
  10. Boleh hiaskan dgn topping kesukaan masing2 jika suka (tak letak pun takpe sb kek ini sudah cukup manis dan moist)
****boleh gantikan tepung gandum dgn tepung naik sendiri jika suka.

Hiasan topping/ganache yg biasa dayang buat: (utk kek saiz kecil)
Cara A :
  • 50 gm butter
  • 100 ml ready whip topping
  • 100 gm coklat masakan
Cara-cara : Cairkan coklat dan butter. Masukkan whip cream td dan kacau hingga pekat berkilat. (guna kaedah double boil)

Cara B :
  • 50 gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 100 gm coklat masakan
Cara-cara memasak sama seperti Cara A.
Ni lagi satu projek aku semalam,tapi hat ni budak2 tak berapa minat la....Agar-agar Qaplah aka Agar-agar Bandung. Memang tau dah taste bebudak tu tp memandangkan nak kena perabiskan jugak stok,main redah ajerla. Sebabnya hubby dah tersilap beli serbuk agar-agar yg ada kaler merah, biasalah sekali sekala jadi qaplah jingga. Apa lagi, meqaban la aku dok mengadjust apa yg patut dan hasilnya...jeng..jeng...jeng...

Ada lagi satu projek aku yg tak sempat aku nak snap pic sbb permintaan terlalu hangat sampai dah tak sempat nak interprem dah terus selamat dah jadi arwah. Aku buat semalam,petang ni selesai iaitu Aiskrim Kacang Merah dari resepi Chef Mat Gebu .Cuma aku tak letak kacang merah n guna susu coklat,memang mabeles! So apa lagi...layannn.....

2 comments:

  1. dtg pepagi ni nk mkn kek ngan ice cream! hihi

    ReplyDelete
  2. sila-sila,hii..hii...bukan senang tau nak merasa makan kek kat rumah kami,ni baru terajin buat nih!

    ReplyDelete