Sunday, January 31, 2010

Kek Lumut

Tu diaa....punya la lama tak update rumahku ini!Sebabnya aku sekarang nih tengah dok sibuk ngan facebook pulak. Syok sebab dapat keep in touch balik dengan member2 lama.Dah dekat 20 tahun tak tau citer,bila boleh connect balik macam2 hal la.Ada sorang member tu last jumpak dia masa tahun 1982,lepas tuh dia pindah ikut ayah dia pi Kulim,last week baru dapat jejak kasih balik.Memang best...... Okey, tu suma dah settle,ni aku nak updatekan projek aku hari ni. Hari ni aku telah dengan konfidennya mengukus kek resepi dari DayangJack iaitu Kek Lumut. Mmg sedap sama sedap ngan kek kukus coklat hari tu. Tapi tu la kan,aku buat 1/2 adunan saja,tak cukup la pulak. Rasanya time masak tadi punyala lama aku tunggu,tapi time nak menghabiskan tak sampai pun 2 jam. Tu pun aku sembunyi siap2 1/4 untuk esok. Malam ni aku rasa hat 3/4 tuh...selosaiiii..... Chef DJ,kita C&P resepi ya.....

Lumut tak berapa nak jadi la,kaler dia tak ngencem..........


Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega Golden Churn
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering).
Ni untuk resepi 1/2 adunan yg aku guna:
Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

Kalau nak tengok hasil yg original, KLIK SINI!.....gambar lagi cantik tau.

p/s: kali ni pun kira nak derhaka gak...pewarna hijau takdak so kita ganti ngan pandan emulco,terus konpius sukatan,tu yg kaler pun tak konfiden aje hijaunyer....

2 comments:

  1. amboi cik ani...sakan mngekek nampak..hehe..
    sama laa sue pun skrg ngah jejak kasih ngan kawan2 sekolah kat fb..hihi..cuma tu laa,line nih mengong manjang..tergendala jek..hehe

    ReplyDelete
  2. line mengong takpa jangan tuan line mengong sudah,susah tuh nnt tak berasap dapuq!

    ReplyDelete