Thursday, March 8, 2012

Upacara Bukak Kotak Innershine



Tajuk ja dah tau....mestilah aku dah rembat sekotak Innershine yg menjadi agenda utama mesyuarat cangkung. Lunch semalam g Queensbay ngan geng2 sepermesyuaratan, pekena Cheese Garlic Naan kat Kapitan dulu then pedeqaih masuk Guardian. Nampak ja kotak yg mmg cun tu, qega pun tengah offer...apa lagi aku ciluk la sekotak bawak pi counter. Offer tu mmg lah qega offer tapi kira sebelah tangan gak la bertukaq tangan... RM49.98 sen. Bila dah rounded jadi jugak 50 hinggit! Ada 12 botol, 6 botol Prune n 6 botol berry. Lantak la, hati ni klu dah berkenan tak kisah dah la ni, kira jadi ja. Bak kata Ramli dalam Bujang Lapok..."kalau hati sudah suka, mana nak kenal botol kicap dengan botol cuka"! Aku gentiang(kilek/jinjing) gak sekotak tu bawak balik. So apa lagi, malam ni upacara bukak kotak la. Amboii.....tengok kotak saja pun dah come lote, kalau hasil dia tak comel lote,tak tau lah. Dari response bloger2 yg aku terjah, banyak yg positif dari negetif so aku pun kira nekad nak try lah ni. Kalau tak segak gak lepas ni...ntah la. Layan ja la tayangan amal photo kat atas tu,saja ja nak tayang...nak perasan sendiri lah nih......

1 comment:

  1. Tu dia Innershine pulakk..stelah menyegak denga tenyehan SRG...pastu si charile angle pulak wat spoil...punah ranah muka kawanm=ku yg mulus...
    sabo ajelah

    ReplyDelete